Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

FGV beri sumbangan RM150,000 untuk mangsa gempa bumi

Suffian (tengah) menyerahkan cek sumbangan kepada Jainab (lima kanan) - foto Alex Mairin / SayangSabah
Suffian (tengah) menyerahkan cek sumbangan kepada Jainab (lima kanan) – foto Alex Mairin / SayangSabah

KOTA KINABALU- Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) hari ini memberi sumbangan sejumlah RM150,000 kepada mangsa kejadian gempa bumi yang melanda Sabah pada baru-baru ini.

Lembaga pengarah FGV, Datuk Mohamed Suffian Awang berkata, sumbangan itu merupakan inisiatif FGV dalam membantu masyarakat serta golongan yang memerlukan menerusi amalan tanggungjawab sosial korporat kumpulan.

“Kami amat bersimpati terhadap waris-waris mangsa yang telah terkorban serta kehilangan mata pencarian ekoran kejadian itu,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Sumbangan cek tersebut disampaikan oleh beliau kepada Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal pengguna Sabah merangkap Presiden Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah (MPMS), Datuk Jainab Ahmad.

Majlis berkenaan turut dihadiri Ketua Pegawai Sumbar Manusia Kumpulan FGV, Mohd Najid Yahya dan Naib Presiden dan ketua Perladangan FGV bahagian Malaysia Timuyr, Denys Collin Munang.- oleh Dewiana Tinggolongon / SayangSabah.

Komen


Berita Berkaitan