Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Festival Zapin Borneo pererat hubungan dua hala negara

Antara kumpulan yang mengambil bahagian dalam Festival Zapin Borneo (FZB) 2015. foto Masani Sandan.
Antara kumpulan yang mengambil bahagian dalam Festival Zapin Borneo (FZB) 2015. foto Masani Sandan.

TAWAU – Elemen kebudayaan dan seni seperti tarian zapin berupaya menjadi elemen penyatuan hubungan antara rakyat di rantau nusantara ini selain dapat menimbulkan perasaan akrab dan kesatuan yang mendalam.

Menteri Belia dan Sukan negeri, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata, penyertaan negara-negara jiran ke dalam program kesenian yang dianjurkan oleh Malaysia mampu menjadikan hubungan kedua bertambah akrab.

“Saya difahamkan ini kali ketiga penganjuran festival FZB ini dan penyertaan bukan sahaja datang dari daerah ini tetapi juga negara-negara jiran dan ini sangat membanggakan,” katanya dalam ucapan perasmian FZB 2015 yang diadakan di Padang Bandaran, di sini hari ini.

Sempena festival itu, Kumpulan Kaswari, Kota Kinabalu dinobatkan juara pada malam itu manakala kumpulan Sanggar Bedewa, Nunukan Indonesia menjadi naib johan dan kumpulan Irama Zapin 1Malaysia, Tawau di tempat ketiga.

Mengenai program itu, Tawfiq yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas berkata, seni tari asli perlu dipertahan dan dikekalkan bukan sahaja bertujuan sebagai hiburan semata-mata tetapi warisan berzaman yang mempunyai nilai tersendiri.

Menurut beliau, generasi muda perlu menghayati bait-bait lirik dan seni tarian zapin kerana ia bukan sekadar hiburan, sebaliknya mengandungi nasihat, pedoman dan panduan yang boleh dicontohi.

“Penyertaan negara-negara jiran dalam festival seperti ini sangat dialu-alukan dan memang tidak dapat dinafikan dapat mengeratkan hubungan masyarakat dunia serta mengukuh hubungan,’’ujarnya. – oleh Masani Sandan / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan