Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Festival Tagal Sungai Kadamaian dicadang kalendar pelancongan Sabah  

Ewon Benedict (tengah) bersama dengan penduduk kampung Kampung Ratau dan Kaung Malaan dan hasil tuaian ikan tagal Sungai Kadamaian.  - foto Monica Gidong
Ewon Benedick (tengah) bersama dengan penduduk kampung Kampung Ratau dan Kaung Malaan dan hasil tuaian ikan tagal Sungai Kadamaian. – foto Monica Gidong

KOTA BELUD – Festival Tagal Sungai Kadamaian Kota Belud dicadangkan untuk dimasukkan dalam kalendar pelancongan Sabah sebagai satu tarikan baharu pelancong ke negeri ini.

Setiausaha Politik Kementerian Pertanian dan Industri Makanan negeri, Ewon Benedick berkata, industri pelancongan di daerah ini boleh diperkasakan lagi dengan memasukkan Festival Tagal Sungai Kadamaian sebagai tarikan pelancong.

“Dalam tempoh dua minggu ini, saya menghadiri beberapa jemputan untuk menyampaikan amanat dalam program-program penuaian ikan tagal oleh kampung-kampung di sepanjang Sungai Kadamaian. Saya fikir, kalau program penuaian ini dibuat secara serentak dalam bentuk festival, sudah tentu kita boleh menarik minat pelancong untuk berkunjung ke daerah kita dan berkongsi bagaimana kita melaksanakan sistem tagal ini.

“Oleh itu saya mencadangkan agar Festival Tagal Sungai Kadamaian dicadangkan untuk dimasukkan dalam kalender pelancongan Sabah,” katanya ketika menyampaikan amanat ringkas pada program penuaian tagal gabungan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Ratau dan Kaung Malaan, Kota Belud, di sini hari ini.

Ewon yang juga Ketua Bahagian UPKO Kota Belud berkata, program tagal adalah salah satu bidang keutamaan yang dilaksanakan oleh Jabatan Perikanan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah. – Monica Gidong / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan