Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Festival ‘Sunset Music Fest At Tip Of Borneo’ kembali buat kali ke- 10

12:45pm 07/05/2016 Elezebeth Esther Onjining 462 views Berita Pilihan,Pelancongan,Tempatan
Festival ‘Sunset Music Fest At Tip Of Borneo'

Festival ‘Sunset Music Fest At Tip Of Borneo’

KOTA KINABALU- Festival tahunan ‘Sunset Music Fest at the Tip of Borneo’ kembali semula untuk kali ke sepuluh di Tanjung Simpang Mengayau, Kudat pada 4 Jun hadapan.

Festival kali ini bakal menampilkan barisan penghibur yang akan menyampaikan muzik dan lagu dari pelbagai genre.

Para pengunjung digalakkan melawat ke tempat- tempat menarik di Kudat seperti Rumah Panjang suku kaum Rungus, Ladang lebah madu dan perkampungan membuat gong sebelum ke festival itu.

Mereka yang berminat boleh mendapatkan tiket masuk ke festival tersebut dengan harga RM 50 seorang.

Selain itu, pengangkutan turut disediakan kepada setiap pemengang tiket dengan kadar RM 20 seorang. Manakala, tarikh tutup untuk tempahan pengangkutan adalah 1 Jun (Rabu).

Di samping itu, mereka yang berminat boleh membeli tiket atau membuat tempahan untuk perkhidmatan bas ulang- alik dari Kota Kinabalu ke Kudat boleh menghubungi Lembaga Pelancongan Sabah (STB ) di talian 088- 212 121 dan Sri Pelancongan Sabah Sdn Bhd di talian 088-232 121 atau layari laman sesawang ‘Sunset Music Fest’ di www.sunsetmusicfest.my. – Elezebeth Esther/SayangSabah

Sunset Music Fest (1)

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan