Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,791

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Festival Seni Bambu 2015 bantu Menaikkan Martabat Tumbuhan Bambu

2:40pm 13/11/2015 Elezebeth Esther Onjining 48 views Pelancongan,Tempatan
Dari Kiri Anne, Stanley,Alex dan Siti

Dari Kiri Anne, Stanley,Alex dan Siti

TAMPARULI- Martabat tumbuhan bambu sebagai salah satu alat tradisional yang popular di negeri ini dapat dipertingkatkan lagi melalui Festival Seni Bambu yang bakal berlansung selama dua hari, bermula dari 24 hingga 25 November, tahun ini.

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memelihara, mempromosi dan membangunkan tumbuhan hijau seperti buluh ini menjadi salah satu tarikan dalam sektor pelancongan di negeri ini.

“Kami telah bekerjasama dengan beberapa agensi kerajaan untuk menaikkan lagi martabat tumbuhan buluh ini ke peringkat yang lebih tinggi”, kata Timbalan Pengerusi Program Festival Seni Bambu, Stanley Missun kepada media dalam satu sidang akhbar di Rumah Terbalik, di sini, pagi tadi.

Acara kemuncak bagi festival ini adalah persembahan khas yang datang dari Taiwan, iaitu Kumpulan Seni Tarian Yuanlin.

Para pelawat juga akan berpeluang untuk melawat tempat-tempat yang menarik di daerah tersebut pada hari pertama program berkenaan.

“Pihak penganjur telah menyediakan beberapa persembahan selama 30 minit yang diadakan di enam kawasan yang menjadi tarikan pelancong di daerah ini”, kata beliau.

Diantara tempat yang terlibat bagi persembahan tersebut ialah Chantek Borneo Gallery, Rumah Terbalik, Tenghilan Pedestrian Underpass, Dewan Tun Hamdan,MJ Cafe, dan Riverside Cafe.

Disamping itu, terdapat beberapa pertandingan yang menarik bakal diadakan sempena festival tersebut iaitu pertandingan miniature rumah model yang berasakan bambu, mencipta alat muzik menggunakan bambu dan mereka cipta kraf tangan.

Pertandingan ini bukan sahaja bertujuan untuk mengetengahkan bambu sebagai bahan utama dalam setiap pertandingan namun ia juga akan menjadi platform untuk mencungkil bakat dan kreativiti semua penduduk di Sabah terutamanya golongan muda”, kata Pengarah Chantek Borneo Gallery, Anne Antah.

Anne juga berkata bahawa pendaftaran bagi pertandingan ini adalah percuma dan hadiah yang lumayan juga diberikan kepada semua pemenang.

Disamping itu, pihak penganjur juga menjemput semua penduduk di Sabah untuk menyertai “Malam Gala Bambusia” yang akan berlansung pada petang 25 November, tahun ini.

Tiket untuk meja VIP boleh didapati serendah harga RM 80 hingga RM 300 untuk setiap seorang manakala tiket untuk tempat duduk perseorangan boleh didapati dengan harga RM 20 setiap seorang

Sesiapa yang berminat untuk melihat persembahan istimewa yang didatangi dari Taiwan boleh hubungi Pn Wendy at 019-813 2924 untuk pembelian tiket atau dapatkan tiket tersebut dari pejabat Sri Pelancongan, Kota kinabalu.

Turut hadir ialah mantan ADUN Tamparuli, Datuk Jahid Jahim. Oleh Elezebeth Esther/ Sayangsabah

Turut hadir ADUN Tamparuli, Datuk Jahid Jahim (tengah)

Mantan ADUN Tamparuli,  Datuk Jahid Jahim (tengah)

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan