Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,746

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Festival ‘Odou Bakanjar’ bakal berlansung dari 25-27 Feb

8:48pm 19/02/2016 Elezebeth Esther Onjining 63 views Tempatan
Wences (kanan) dan Rosmadi (kiri) ketika sidang media festival 'Odou Bakanjar' . Foto oleh Jimmy Tan/ SayangSabah

Wences (kanan) dan Rosmadi (kiri) ketika sidang media festival ‘Odou Bakanjar’ . Foto oleh Jimmy Tan/ SayangSabah

KOTA KINABALU- Satu festival iaitu ‘Odou Bakanjar’ kali ke-3 bakal berlansung selama tiga hari iaitu bermula dari 25 Februari sehingga 27 Februari depan di Perkarangan Tapak Tamu Baru, Pekan Kuala Penyu.

Festival tersebut dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Sabah melalui Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah dengan Kerjasama Pejabat Daerah Kuala Penyu dan Persatuan Kebudayaan Tatana Sabah (STCA).

Menurut Pengerusi Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Wences Angang, penganjuran festival tersebut dapat merupakan satu platform bagi masyarakat setempat khususnya kaum Dusun Tatana dalam mempamerkan kebudayaan etnik kaum tersebut kepada orang luar.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang akhbar sempena festival ‘Odou Bakanjar’ kali ke-3 di Pejabat pengerusi Lembaga Kebudayaan Sabah, disini, hari ini.

Disamping itu, terdapat beberapa program akan berjalan serentak dengan festival tersebut seperti ‘Moguok’ (upacara tolak bala), Busak Mosongon (Ratu Budaya Tatana) dan Perarakan Kebudayaan.

Kata Wences, upacara ‘Moguok’ yang akan berjalan lebih kurang setengah jam itu bertujuan bagi memohon agar diberi keselamatan dan kelancaran festival tersebut.

Tambahan beliau, upacara tersebut turut dilakukan agar semua generasi tidak kira tua atau muda dapat menghayati dan melihat bagaimana upacara tersebut dijalankan.

“Kita seringkali mendengar perkataan ‘Moguok’ tetapi kita tidak pernah melihat bagaimana upacara itu dijalankan,” katanya.

Tema utama bagi pertandingan ‘Odou Bakanjaran’ tahun 2016 ialah ‘Sorita Boruruk’ yang merupakan cerita lagenda bagi suku kaum Dusun Tatana, katanya.

Pelbagai hadiah menarik bakal diberikan kepada para pemenang iaitu hadiah utama merupakan wang tunai berjumlah RM 5,000, hadiah kedua dan ketiga masing- masing merupakan wang tunai berjumlah RM 4,000 dan RM 3,000. Manakala, hadiah saguhati bernilai RM 1,000.

Turut hadir Pengarah Besar Lembaga Kebudayaan Sabah, Datuk Rosmadi Datu Sulai.Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Lukisan 'Boruruk' oleh Rusmadi

Lukisan ‘Boruruk’ oleh Rosmadi

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan