Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,503

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Festival Muzik Di Tanjung Simpang Mengayau

12:40pm 13/06/2014 Pak Roshan 52 views Hiburan

ngayau2

KOTA KINABALU: Dua belas artis tempatan dan antarabangsa akan memeriahkan Festival Muzik Matahari Terbenam anjuran Pejabat Pelancongan Sabah Malaysia di Tanjung Simpang Mengayau, Kudat pada 20 dan 21 Jun ini.

Pengurus Besar Lembaga Pelancongan Sabah Datuk Irene Charuruks berkata festival yang bermula pada jam 5 petang itu akan menampilkan persembahan artis seperti Syafinaz Selamat, Rhythm of Borneo, Rey Kimara dan Orkestra Pop Filipina(Philpops).

Sempena festival itu, pelbagai acara menarik disusun termasuk pertandingan bot naga, pertandingan memasak biskut tradisional, persembahan melukis batik dan pertandingan membuat kraftangan berasaskan kelapa, katanya pada sidang media di sini, Khamis.

Irene berkata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Seri Masidi Manjun dijangka hadir memeriahkan acara tersebut.

Tiket bagi sehari berharga RM50 dan dua hari RM80 yang boleh diperoleh di Pejabat Tourism Malaysia Sabah dan Sri Pelancongan di talian 088-232121 atau laman web www.sunset musicfest.my.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan