Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Festival Kesenian Antarabangsa di Sabah

Masidi (tengah) bersama-sama Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Kamarlin Ombi (kanak) dan Pengerusi Lembaga Kebudayaan Sabah Datuk Wences Angang (kiri) menunjukkan trofi pertandingan tarian rakyat. - foto Jimmy Tan / Sayangsabah
Masidi (tengah) bersama-sama Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Kamarlin Ombi (kanan) dan Pengerusi Lembaga Kebudayaan Sabah Datuk Wences Angang (kiri) menunjukkan trofi pertandingan tarian rakyat. – foto Jimmy Tan / Sayangsabah

KOTA KINABALU – Festival Kesenian Rakyat Antarabangsa (SIFF) Sabah 2015 bertemakan ‘Perkahwinan Rakyat’ yang akan berlangsung mulai 10 hingga 15 Ogos ini, bakal menyediakan pelbagai acara kebudayaan dan persembahan menarik untuk dipersembahkan kepada orang ramai.

Festival lima hari itu juga menyaksikan penyertaan baru Rusia dan Slovakia untuk bersaing dalam pertandingan Tarian Rakyat Antarabangsa dengan 15 buah negara lain termasuk Malaysia pada 13 Ogos di Pusat Kebudayaan Sabah, Penampang.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, okjektif utama SIFF dianjurkan ialah memberi pendedahan dan meningkatkan pengetahuan mengenai warisan kebudayaan di kalangan negara peserta.

“Penganjuran acara ini juga secara langsung turut mempromosikan keunikan budaya dan kesenian pelbagai etnik serta keindahan alam semulajadi di negeri ini kepada masyarakat antarabangsa,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan negeri memilih baju tradisional etnik Kadazandusun Penampang sebagai hadiah cenderamata kepada negara yang menyertai festival tersebut.

“Lembaga Kebudayaan Sabah mengumpul koleksi baju tradisional dari negara lain yang kemudian akan dipamerkan kepada umum,” katanya lagi.

SIFF pertama kali diadakan di negeri ini ialah tahun 2001, diikuti pada 2004 dan 2007 sebelum acara itu dianjurkan secara berturut-turut bermula 2009 sehingga 2014 yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar melalui Lembaga Kebudayaan Sabah.

Antara aktiviti utama lain yang diadakan sempena festival itu ialah Perarakan Kebudayaan, Pameran Kesenian, Pertandingan dan pameran Fotografi dan Pertandingan Tarian Rakyat Tempatan.

Negara yang bertanding dalam acara pada tahun ini ialah Slovakia, Latvia, Indonesia, Filipina, Korea Selatan, Rusia, Brunei, Republik Sakha Yakutia Rusia, Kazakhstan, Taiwan, India, Kyrgyzstan, Turki, Mexico, Bangladesh, China dan Malaysia.

– Oleh Nuzir Andi Samsiar / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan