Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Festival Jazz Kota Kinabalu tampilkan artis antarabangsa

KKJF Logo
KKJF Logo

KOTA KINABALU- Sambutan Festival Jazz Kota Kinabalu (KKJF) kali ke-9 akan menampilkan ramai artis terkenal di peringkat antarabangsa.

Presiden Kelab Rotary Kota Kinabalu(RCKK), Jack Ong berkata, festival yang diadakan pada 24 hingga 25 Julai itu di Sutera Harbour pastinya akan menjadi sebuah memori yang didak dapat dilupakan oleh pengunjung.

Dalam pada itu, Presiden SPArKS, Roger Wang berkata, festival pada kali ini akan menampilkan empat kumpulan band dan pemuzik antarabangsa, bersama-sama dengan sembilan artis terkenal Malaysia akan menyertai konsert berkenaan.

“Pengacara TV dan selebriti terkenal di Malaysia iaitu Daphne Iking akan kembali mengacara sempena konsert itu,” katanya, dalam sidang media di sini hari ini.

Menurutnya, antara artis yang akan membuat persembahan termasuklah Bobby Taylor dan Shun Ng dari USA, Gugun Blues Shelter dan The Rio Sidik Quartet dari Indonesia, May Mow, Liyani Fizi dan Faizul Sany dari Malaysia.

Tidak dilupakan juga artis tempatan seperti Suria Buskers, Quadro Forte, Headhunters, Eilvane Chieng, Prthaz band dan Supertonik dari Labuan.

Festival berkenaan akan bermula pada jam 7 malam hingga 11 malam.

Orang ramai yang berminat untuk menyaksikan konsert berkenaan boleh mendapatkan tiket yang dijual di kaunter penjualan tiket yang dibuka di sekitar Koata Kianbalu dengan harga RM100 setiap seorang untuk satu malam manakala untuk dua malam berjumlah RM150.

Festival ini turut menyediakan bahagian tempat duduk perdana yang menawarkan keselesaan dengan harga bagi satu meja untuk enam orang adalah RM1,000 untuk satu malam.

Maklumat lanjut mengenai festival berkenaan boleh didapati di laman sesawang www.kkjazzfest.com.- oleh Dewiana Tinggolongon / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan