Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,776

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Festival Belia Sabah platform masyarakat mengetengahkan bakat mereka

8:14pm 30/01/2016 Elezebeth Esther Onjining 31 views Sukan,Tempatan,YB Datuk Haji Tawfiq bin Datuk Haji Abu Bakar Titingan
Tawfiq sedang memperlihatkan teknik mengimbang bola kepada para belia. Foto oleh Alex Mairin/ SayangSabah

Tawfiq sedang memperlihatkan teknik mengimbang bola kepada para belia. Foto oleh Alex Mairin/ SayangSabah

KOTA KINABALU- Masyarakat setempat khususnya golongan belia dan remaja di negeri ini perlu menjadikan “Festival Belia Sabah” yang julung kali diadakan dinegeri ini sebagai platform hebahan dan perkongsian maklumat dan peluang meningkatkan kemahiran mereka, kata Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan.

Beliau yang merupakan Menteri Belia dan Sukan Sabah berkata tujuan utama festival tersebut dianjurkan adalah bagi mengubah perspektif negatif masyarakat umum terhadap aktiviti-aktiviti yang diceburi oleh belia tempatan.

“Festival ini merupakan satu aktiviti awam yang baik untuk belia kerana ianya secara lansung dapat mengurangkan gejala sosial yang tidak sihat seperti budaya melepak, pembaziran di pusat beli belah dan sebagainya yang kini telah berleluasa di negara kita”, kata beliau.

Beliau berkata demikian semasa majlis perasmian Festival Belia Sabah Street Fest Urban Havoc di Pusat Beli Belah Hiper 1 Borneo, disini, hari ini.

Disamping itu, beliau berkata bahawa festival tersebut dapat membantu belia dalam mengetengahkan bakat- bakat terpendam terutamnya dalam bidang hiburan, seni tari kreatif, sukan ektreme, sukan permotoran dan keusahawanan.

“Acara sebegini dapat mencungkil bakat belia tempatan dalam sesuatu bidang atau sukan yang diminati sehingga menjadi belia yang berkemahiran tinggi dalam aspek yang lain”, ujarnya

Katanya, festival tersebut dapat memupuk semangat keberanian dan keyakinan diri serta berdaya saing di kalangan belia tempatan dan memberi peluang kepada peniaga kecil tempatan untuk maju dalam bidang perniagaan.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Sabah, Tuan Hj Awang Damit Awang Anak, Pengarah Urusan North East Destiny Sdn Bhd, Dato’ Dr Tan Tiang Lai, Pengarah Fidodido Entertainment merangkap Festival Belia Sabah, Mohd Norazuwan Abd Wahid. Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Salah seorang peserta mempamerkan teknik mengimbang bola kepada Tawfiq. Foto oleh Alex Mairin/ SayangSabah

Salah seorang peserta mempamerkan teknik mengimbang bola kepada Tawfiq. Foto oleh Alex Mairin/ SayangSabah

Tawfiq (tengah) bersama para belia di Festival Belia Sabah. Foto oleh Alex Mairin/ SayangSabah

Tawfiq (tengah) bersama para belia di Festival Belia Sabah. Foto oleh Alex Mairin/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan