Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,689

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Feri penumpang karam: 166 selamat

11:43pm 06/01/2016 Ann Vivien 91 views Berita Pilihan,Mutakhir,Tempatan
Keadaan feri penumpang dari Bongao, Filipina menuju Semporna yang karam di perairan Labuanhaji sekitar jam 8 malam tadi selepas bertembung dengan tongkang.

Keadaan feri penumpang dari Bongao, Filipina menuju Semporna yang karam di perairan Labuanhaji sekitar jam 8 malam tadi selepas bertembung dengan tongkang.

SEMPORNA: Kesemua 166 orang termasuk lapan kru dan kapten sebuah feri penumpang yang karam di perairan Labuanhaji, Semporna sekitar jam 8 malam tadi, terselamat.

Pegawai Daerah Semporna, Dr. Chacho Bullah berkata, feri berkenaan yang mempunyai 160 kapasiti, dinaiki 158 penumpang warga Malaysia dan bukan asing sedang dalam perjalanan ke Semporna dari Bongao, Filipina.

Katanya, kemalangan tersebut berlaku apabila feri Zuhairi Port Kelang itu yang berlepas ke Semporna sekitar jam 2.30 petang dari Bongao, berlanggar dengan sebuah tongkang (scow) kosong yang biasanya mengangkut balak atau pasir di lokasi kejadian.

Menurutnya, tiada mangsa maut dalam kejadian berkenaan, namun beberapa individu dilaporkan mendapat kecederaan tetapi tidak serius dan sudahpun dihantar ke Hospital Semporna untuk mendapatkan rawatan.

Operasi berkenaan melibatkan pelbagai agensi termasuk Pasukan Polis Marin (PPM), Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Kesihatan, Hospital Semporna, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pelabuhan dan Dermaga serta ESSCOM.- Oleh Alanna Adam/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan