Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,637

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Feri Kudat-Palawan tingkat ekonomi Sabah-Filipina

1:36pm 21/01/2016 Pak Roshan 38 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

kudat

KOTA KINABALU: Hubungan perdagangan dua hala antara Kudat dan Palawan, Filipina dijangka berkembang menerusi operasi perkhidmatan feri menghubungkan kedua-dua wilayah itu, bermula Jun depan.

Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah, Datuk Teo Chee Kang, berkata pembukaan laluan itu mewujudkan banyak peluang perdagangan kepada peniaga dan usahawan di kedua-dua wilayah, selain merancakkan industri pelancongan di utara Sabah.

“Dari segi perdagangan kita boleh mengimport buah-buahan yang ada permintaan tinggi di sini seperti pisang dan nanas dari Palawan, manakala Kudat boleh dijadikan pusat pengedaran produk yang dibawa masuk dari kawasan berkenaan.

“Sebaliknya pula, peniaga atau penduduk dari Palawan boleh datang ke sini untuk membeli barangan keperluan kerana Sabah, khususnya Kudat lebih dekat dan menjimatkan mereka berbanding ke Manila.

“Dengan peningkatan kemasukan penduduk dari Palawan juga kita dapat memasarkan produk pelancongan di Sabah, khususnya di Kudat dan sekitarnya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Upacara Memperingati Mangsa Perang Dunia Kedua Ke-67 di Tugu Peringatan Petagas, di sini, hari ini.

Chee Kang yang mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman pada upacara itu berkata demikian ketika ditanya berhubung perkembangan perkhidmatan feri antara Palawan dan Kudat yang sebelum ini dijadualkan bermula akhir tahun lalu.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Kapor, Kudat, berkata kelewatan itu disebabkan kerja pembinaan jeti baharu untuk kemudahan feri berkenaan berlabuh belum siap dan dijangka mengambil masa empat hingga lima bulan lagi untuk disiapkan.

Sementara itu, Chee Kang berkata penduduk Sabah perlu terus menghargai keamanan yang dinikmati mereka pada hari ini hasil pengorbanan pejuang terdahulu yang sanggup bergadai nyawa menentang musuh.

“Upacara memperingati mangsa perang mengingatkan kita kepada pengorbanan hero lalu yang terbunuh ketika melawan musuh. Ia turut mengingatkan kita pentingnya terus mengekalkan keamanan yang ada pada hari ini.

“Sehubungan itu, kita perlu bekerjasama untuk berdepan dengan ancaman baharu seperti militan IS (Negara Islam), ” katanya.

Beliau berkata, IS bukan saja mengancam negara ini, malah seluruh dunia dan ia memerlukan kerjasama antarabangsa seperti perkongsian maklumat risikan dengan negara seperti Indonesia dan Filipina. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan