Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

FERI BAWA LEBIH MUATAN

feri lebih muatan

DHAKA: Sebuah feri terlebih muatan yang membawa sehingga 200 penumpang karam semalam di Sungai Padma, di tengah Bangladesh, kata polis.

“Pasukan penyelamat sudah menyelamatkan 100 orang dari dalam air. Dua mayat ditemui tetapi nasib yang lain tidak diketahui,” kata pihak berkuasa.
Bot itu berada kira-kira 30 kilometer ke selatan Dhaka ketika ia tenggelam akibat arus kuat.
“Kami difahamkan feri berkenaan terlebih muatan dengan penumpang dan keadaan sungai juga deras,” kata ketua polis tempatan Tofazzal Hossain kepada AFP.
Seorang pegawai kanan polis di Madaripur, berkata ketika feri itu memulakan perjalanan ia membawa antara 170 hingga 200 penumpang.
Namun seorang penumpang yang terselamat memaklumkan televisyen tempatan bahawa feri itu lebih muatan sehingga 350 penumpang.
“Tiada ribut tetapi cuaca mendung dan arus sungai deras. Ombak agak besar. Tiba-tiba feri dilambung ombak dan mula dipenuhi air. Saya berjaya keluar dari tingkap dan feri itu karam dengan cepat. Saya diselamatkan bot tampatan, orang lain juga diselamatkan bot,” katanya.

Feri Bangladesh tidak menyimpan rekod penumpang dan sering lebih muatan.

Kemalangan feri juga sering berlaku di negara miskin itu dengan lebih muatan serta rekaan kapal tidak baik dan masalah penyelenggaraan lain.

Pekerja kecemasan di tempat kejadian berkata beribu-ribu oeang berkumpul di tebing Sungai Padma, di daerah Munshigani, lokasi bot itu karam.

Bulan Ogos adalah musim monsun di Bangladesh. Paras air sungai tinggi dan kapal itu tenggelam sepenuhnya.

“Penyelam kami sedang mencari feri yang karam ini dan memulakan operasi menyelamat,” kata pegawai bomba, Mohammad Dulal kepada AFP.

Bangladesh adalah salah sebuah negara termiskin Asia mempunyai lebih 230 batang sungai manakala bot menjadi pengangkutan utama terutama di wilayah selatan dan timur laut negara itu. Namun banyak kapal yang dinegara itu digunakan sejak sebelum 1971. – AFP

Komen


Berita Berkaitan