Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,718

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Fenomena Supermoon Terbesar 14 November Ini

8:34pm 08/11/2016 Pak Roshan 1758 views Mutakhir,Nasional

bulan

KUALA LUMPUR – Fenomena Supermoon terbesar sejak tahun 1948 akan berlaku pada 14 November ini!

Agensi Angkasa Negara (Angkasa) dalam satu kenyataan media berkata, fenomena astronomi menyaksikan Bulan berada di kedudukan paling hampir dengan Bumi pada pukul 7:24 malam.

“Bulan seterusnya akan berada pada fasa penuh atau purnama pada pukul 9:54 malam.

 “Kejadian ini dikenali sebagai Bulan Penuh Perigee bagi ahli astronomi dan istilah ‘supermoon’ dalam kalangan masyarakat umum,” kata kenyataan itu hari ini.

Angkasa menjelaskan, keadaan Bulan di kedudukan perigee ketika fasa purnama menyebabkan Bulan kelihatan seolah-olah lebih besar daripada keadaan biasa.

Bagaimanapun, kata Angkasa, saiz fizikal Bulan sebenarnya tidak berubah sama sekali.

“Fenomena supermoon telah berlaku pada 6 Mei 2012, 23 Jun 2013, 10 Ogos 2014 dan 28 September 2015.

 “Bagaimanapun kejadian kali ini merupakan supermoon yang berada pada jarak paling dekat dengan Bumi sejak 68 tahun,” kata Angkasa.

Justeru, Angkasa menyeru rakyat Malaysia mengambil kesempatan untuk menyaksikan fenomena itu kerana ia dijangka hanya akan berlaku lagi selepas 18 tahun. – mynewshub

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan