Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,662

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Fenomena gerhana matahari tarik perhatian orang ramai

4:10pm 09/03/2016 Elezebeth Esther Onjining 213 views Berita Pilihan,Global,Mutakhir,Nasional,Tempatan
Fenomena gerhana matahari 2016

Fenomena gerhana matahari 2016

PUTATAN- Ratusan orang termasuk pelajar sekolah rendah dan menengah di daerah ini tidak melepaskan peluang menyaksikan fenomena gerhana matahari separa di Balai Cerap Al-Biruni Negeri Sabah, Tg. Dumpil, disini.

Masyarakat setempat berpeluang melihat gerhana matahari separa bermula 7.20 pagi dan berakhir pada jam 9.57 pagi tadi. Manakala, gerhana matahari berada di keadaan maksimum iaitu pada jam 8.40 pagi dimana ia berbentuk bulan sabit.

Ketua Bahagian Falak, Pejabat Mufti Sabah, Mohd Jumat Abd Razak berkata fenomena gerhana matahari separa itu hanya akan berlaku dalam tempoh lebih kurang tiga atau empat tahun dari sekarang.

“kita di Malaysia hanya akan melihat fenomena tersebut pada hujung tahun 2019,”katanya ketika ditemui media di perkarangan Balai Cerap Al- Biruni Negeri Sabah, Tg Dumpil, disini, hari ini.

Apabila ditanya, beliau berkata terdapat beberapa persiapan yang akan dilakukan menjelang ketibaan fenomena gerhana matahari yang dijangka berlaku pada tahun 2019.

Katanya, perkara pertama yang akan dilakukan oleh pejabat Mufti adalah menyebarkan maklumat kepada masyarakat disamping memberi kesedaran kepada masyarakat setempat khususnya umat Islam agar dapat menunaikan solat sunat gerhana matahari.

Disamping itu, beliau berkata bahawa pejabat mufti akan bertungkus lumus untuk mendidik umat islam berlandaskan hukum syariah agar mereka tidak terjebak dengan perkara kurafat dan syirik

“Bila berlakunya fenomena gerhana matahari atau bulan akan timbulnya isu syirik dan khurafat. Jadi inilah antara peranan kita ….. agar tiada umat islam yang akan terjebak kepada perkara kurafat dan syirik,”ujarnya.

Masyarakat setempat tidak melepaskan peluang melihat fenomena tersebut.

Masyarakat setempat tidak melepaskan peluang melihat fenomena tersebut.

Sementara itu, terdapat puluhan orang pelajar sekolah menengah termasuklah SMK Putatan dan SMK Kinarut turut mengambil kesempatan melihat fenomena tersebut.

Menurut seorang pelajar dari SMK Kinarut, Aeldry Lawrence, 17, ini merupakan kali pertama beliau melihat fenomena gerhana matahari separa ini.

“Saya berasa teruja lalu memilih untuk mengikuti acara ini apabila guru sekolah memberitahu mengenai perkara ini,”katanya.

Disamping itu, terdapat beberapa projek inovasi turut digunakan untuk melihat fenomena tersebut termasuklah ‘Pinhole Projector’ dan ‘Monoscope Projector’.

Oscar Loke, 9, pelajar SRJK (c) Chung Hwa berkata ini kali kedua pelajar itu mengikuti aktiviti terbuka sebegini.

Kanak-kanak kecil tersebut mengambil masa selama tiga hari untuk menyiapkan projek ‘pinhole projector’ tanpa bantuan sesiapa.-Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Oscar Loke dengan projek inovasinya iaitu 'Monoscope Projector'

Oscar Loke dengan projek inovasinya iaitu ‘Monoscope Projector’

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan