Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,804

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Fenomena El Nino dijangka akan kembali neutral secara berperingkat-peringkat sehingga bulan Jun

6:03pm 19/03/2016 Leolerry Lajius 55 views Tempatan
Lim Ze Hui Penolong Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah menunjukkan kepada Madius skrin yang memaparkan fenomena cuaca semasa.-Gambar Oleh Alex Mairin

Lim Ze Hui Penolong Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah menunjukkan kepada Madius skrin yang memaparkan fenomena cuaca semasa.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Kejadian fenomena El Nino dijangka akan kembali neutral secara berperingkat-peringkat sehingga bulan Jun.

Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Panglima Madius Tangau, fenomena ini akan beransur pulih secara berperingkat dan akan mulai menurun bermula penghujung Mac.

“Cuaca panas ini akan berterusan sehingga bulan Jun, walaubagaimanapun suhu akan mulai menurun sehingga mencapai tahap neutral secara berperingkat.”

“Pada ketika ini cuaca adalah pada peringkat kuat dan akan mulai menurun kepada sederhana, lemah dan akan kembali neutral pada bulan Jun nanti,”katanya ketika sidang media di Pejabat Meteorologi Sabah,di sini, hari ini.

Tambah beliau setakat ini beberapa tempat telah mencatatkan suhu melebihi 37°C bagi tempoh 1 hingga 18 Mac iaitu Alor Setar, Chuping, Keningau dan Batu Embun.

Mengulas mengenai pelaksanaan hujan buatan untuk menangani fenomena panas ini, beliau berkata inisiatif itu hanya akan dilaksanakan untuk menambah kuantiti air pada empangan.

“Hujan buatan ini kita hanya akan laksanakan untuk menambah kuantiti air di empangan memandangkan kos untuk melaksanakan inisiatif ini memerlukan kos yang tinggi,”katanya.

Madius juga turut menyatakan, berdasarkan Garis Panduan Pelan Tindakan Menangani Gelombang Haba maka sesi persekolahan di Alor Setar dan Chuping boleh dicadangkan agar ditutup bermula pada ahad bersamaan 20 Mac.

“Walaubagaimanapun pengumuman sama ada sekolah akan ditutup atau tidak akan diumumkan oleh Menteri Pendidikan sepertimana yang diarahkan oleh Kabinet,”katanya.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan