Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Fenomena Air Merah beracun: Orang ramai dinasihatkan jangan jual dan makan kerang

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

KOTA KINABALU – Masyarakat sekitar Kota Kinabalu dan bahagian Tuaran dinasihatkan tidak menjual dan memakan kerang-kerangan ekoran fenomena air merah atau Red Tide kini melanda di sekitar perairan Tuaran.

Pengarah Perikanan Sabah, Datuk Rayner Stuel Galid mengesahkan jabatan berkenaan telah mengeluarkan amaran berkaitan Red Tide kira-kira dua minggu lalu kepada penduduk di sekitar Tuaran.

“Amaran mengenai Air merah ini belum diketahui sampai bila. Sekarang ini kami sedang mengambil sampel dan analisis racun daripada karang-karang tersebut,” katanya kepada SayangSabah, di sini hari ini.

Menurut beliau, kejadian laut merah tersebut disebabkan oleh pengeluaran racun daripada plankton yang beracun.

Terdahulu, dalam kenyataan jabatan itu memberitahu, kejadian Air Merah ( Cochlodinnium polykrikoides) kini dikesan di perairan sekitar Tanjung Badak, Trayong dan Karambunai.

Spesies yang dikesan dalam sampel air laut ialah Cochlodinnium polykrikoides, namun spesies itu tidak akan menyebabkan kemudaratan kepada pengguna setelah memakan ikan.

Begitupun, ia boleh memudaratkan aktiviti ternakan ikan dalam sangkar kerana ikan mati disebabkan insang ikan tersumbat oleh fitoplankton jenis Cochlodinnium polykrikoides.

Sehubungan itu, semua pengusaha sangkar ikan diminta supaya memindahkan ikan-ikan dalam sangkar ke kolam atau tangki serta air laut yang digunakan hendaklah ditapis atau disaring sebelum dimasukkan ke dalam kolam atau tangkin. – oleh Dewiana Tinggolongon / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan