Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Fenomena Adiwira Berniaga Di Malaysia

sumber Harian Metro
sumber Harian Metro

JIKA sebelum ini viral dengan kisah Spiderman menjual nasi lemak, Deadpool menjual sarapan pagi, kini adiwira IronMan mengikut jejak langkah kedua-dua adiwira ini dengan menjalankan perniagaan menjual Coconut Shake di Jalan Pintu Geng, Kota Bharu Kelantan.

Keunikan dan kreativiti yang ditampilkan oleh dua pemuda sebelum ini mengerakkan hati pemuda berusia 34 tahun, Mohd Khairi Abdul Aziz untuk tampil dengan kostum adiwiranya yang tersendiri iaitu Iron Man.

Menurut Khairi kepada sebuah akhbar tempatan, dia yang menjual coconut shakesemenjak tahun lalu mengambil inisiatif ini sebagai peluang untuk melariskan jualannya disamping untuk menghiburkan kanak-kanak bersempena cuti sekolah yang sedang berlangsung.

Selain watak Iron Man, terdapat beberapa watak lagi yang akan ditampilkan antaranya Star Wars, Batman, Kamen Rider dan karakter daripada permainan Halo, jelasnya kepada akhbar tersebut.

Kelainan yang dilakukan itu ternyata menarik perhatian orang ramai bukan sahaja untuk datang membeli coconut shake yang dijual dengan harga RM2 hingga RM3.50 malah ada yang sanggup ‘memburu’ adiwira tersebut semata-mata untuk ‘berselfie’.

Kostum itu dibeli dengan harga lebih RM1,000 daripada kenalan dari Thailand dan siap dalam tempoh dalam dua bulan.

Bagi anda yang berada di sekitar Kota Bharu jangan lepaskan peluang untuk singgah di gerai coconut shake Iron Man untuk merasai sendiri air tangan beliau. –MYNEWSHUB.CC

Komen


Berita Berkaitan