Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Felix dipilih Ketua Bahagian Upko Beluran yang baru

BELURAN:  Ahli Majlis Tertinggi Upko Felix Datuk Joseph Saang, dipilih sebagai Ketua Bahagian UPKO Beluran yang baru sempena Mesyuarat Agung TriTahunan UPKO Bahagian Beluran, baru-baru ini.

Majlis itu  dirasmikan oleh Pemangku Presiden UPKO yang juga Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Perdagangan dan Peridustrian Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau.

Pemilihan Kepimpinan yang dijalankan secara harmoni dan dalam suasana yang penuh keakraban oleh UPKO Beluran, menunjukkan kematangan politik UPKO Beluran. Barisan kepimpinan UPKO Bahagian yang dibarisi oleh pemimpin lama dan golongan muda, meremajakan Bahagian adalah suasana bijak yang telah diputuskan oleh perwakilan secara sebulat suara.

Felix yang sememangnya penduduk asal Kampung Telupid Beluran adalah pemimpin yang telah lama ditunggu oleh UPKO Bahagian Beluran untuk ‘Balik Kampung’ menerajui kepimpinan adalah seorang pemimpin muda yang berwibawa, senang bermesra dengan semua golongan masyarakat.

Dalam lawatannya di beberapa cawangan Beluran, Nangoh dan Telupid sempena Mesyuarat Agung TriTahunan cawangan cawangan sebelum ini, Felix memberi penjelasan terhadap tindakan UPKO meninggalkan BN dan bekerjasama dengan Warisan Dan Pakatan membentuk Kerajaan Negeri Sabah.

Felix yang baru saja dipilih sebagai Ketua Bahagian yang baru merasa gembira dan teruja kerana UPKO Beluran sudah menerima seramai 400 ahli baru menyertai UPKO dari seluruh kawasan Beluran, antaranya, Reverend Augustine Saang dari PBS, Mervin Enty mantan Calon Bebas,  James Miki mantan calon PCS, Benjamin Gurang mantan Ketua Cawangan PBS, Dr. Mahendra, Geory Gambidau, Marius Samidau dan OKK Awang Bangis Hj Terawi mantan Pemimpin UMNO Beluran.

Mereka menyerahkan borang keahlian kepada Madius semasa perasmian Mesyuarat Agung TriTahunan UPKO Beluran.

Felix merakamkan ucapan terima kasih kepada mantan Ketua Bahagian OKK Jair Munty yang telah banyak menabur bakti dan jasa kepada keutuhan UPKO Beluran selama ini.

“Saya menyedari tugas dan tanggungjawab yang berat menanti di hadapan. Tetapi saya yakin dengan adanya kerjasama erat, persefahaman dan etika kerja yang tinggi mampu membawa UPKO Beluran lebih jauh,” katanya./SayangSabah

Ahli Majlis Tertinggi Upko Felix Datuk Joseph Saang, dipilih sebagai Ketua Bahagian UPKO Beluran yang baru sempena Mesyuarat Agung TriTahunan UPKO Bahagian Beluran.

 

Komen


Berita Berkaitan