Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,800

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Felicia Mikat dipilih sebagai duta Konsert Wings

5:26pm 10/10/2016 Leolerry Lajius 1650 views Kota Kinabalu,Tempatan
Wings, pihak Kementerian Belia dan Sukan serta ahli PESRON mengambil gambar kenangan.-Gambar Oleh Alex Mairin

Wings, pihak Kementerian Belia dan Sukan serta ahli PESRON mengambil gambar kenangan.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Ratu pecut, Felicia Mikat, 17, dipilih sebagai duta Konsert Wings yang akan diadakan di Stadium Likas pada 24 December nanti sempena ulang tahun ke-30 kumpulan berkenaan.

Pengumuman permilihan Felicia yang meraih tiga pingat emas di Sukan Para Asean 2015 di Singapura, sebagai duta dibuat semasa Wings membuat kunjungan hormat kepada Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Hj. Tawfiq Abu Bakar Titingan, di sini, hari ini.

Menurut Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, konsert berkenaan juga bertujuan mengutip sumbangan untuk Persatuan Sukan Dan Rekreasi Orang Kurang Upaya Negeri Sabah (PESRON) bagi menampung perbelanjaan aktiviti persatuan berkenaan.

“Sebanyak 5 peratus dari hasil kutipan penjualan tiket dan sebanyak 25 peratus dari sumbangan perseorangan akan disumbangkan kepada PESRON bagi membiayai perbelanjaan aktiviti persatuan berkenaan,”katanya ketika ditemui media sempena kunjungan berkenaan.

Beliau turut menyatakan pada 14 November nanti, beliau akan turun sekali lagi ke Sabah bagi mengetuai satu konvoi yang akan menjelajah ke seluruh Sabah bagi mempromosikan konsert ini.

“Saya akan mengetuai sendiri konvoi ini dan akan berjumpa dengan peminat di seluruh negeri ini kerana atas sokongan merekalah Wings terus kukuh hingga kini.”

“Orang ramai juga boleh membeli tiket untuk konsert Wings melalui konvoi ini dan dalam konsert ini kami akan membuat yang terbaik untuk peminat-peminat di borneo,”katanya

Pelbagai pengisian juga akan dibuat sempena konsert berkenaan di mana akan berlangsungnya karnival bermula pada 22 hingga 24 December yang akan diisi dengan program-program kesedaran dan juga memberi peluang kepada kumpulan muzik tempatan untuk membuat persembahan.

“Kumpulan muzik tempatan juga akan diberikan peluang untuk tampil membuat persembahan sempena konsert ini namun ia hendaklah membawa lagu-lagu Wings kerana sehingga kini kami telah mencipta sebanyak 300 buah lagu dan adalah mustahil untuk kami menyanyikan kesemua lagu berkenaan dalam satu konsert,”katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan tiket melalui laman web www.tiketwings30thnkksabah.com , www.sayap2wings.com , atau boleh berhubung dengan Mimi di talian 010-2049820 (Kuala Lumpur), KMG (Amilson) 011-16007697/016-8839769 (Kota Kinabalu), dan Eventfinders 088-217168/088-216168 (Kota Kinabalu).

Tiket untuk pelajar berharga RM35.00 tetapi hanya boleh diperolehi di Nasi Kukus One Borneo dan boleh berhubung melalui Noorman di talian 019-3205000 dengan membawa kad pelajar sebagai pengesahan.-Oleh Leolerry Lajius/SayangSabah

(Dari kiri) Felicia, Joe Wings, Pengerusi PESRON Tan Hwa Koon, Tawfiq dan Awie ketika majlis penyerahan replika tiket.-Gambar Oleh Alex Mairin

(Dari kiri) Felicia, Joe Wings, Pengerusi PESRON Tan Hwa Koon, Tawfiq dan Awie ketika majlis penyerahan replika tiket.-Gambar Oleh Alex Mairin

 

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan