Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Felicia Mikat dijemput “Flag off” peserta larian amal

Dr Morni (kiri) menyerahkan surat jemputan kepada Felicia dengan disaksikan oleh pihak sekolak SMK Badin dan SIDMA Kolej
Dr Morni (kiri) menyerahkan surat jemputan kepada Felicia dengan disaksikan oleh pihak sekolah SMK Badin dan Kolej SIDMA

KOTA KINABALU- Pelari pecut kebanggaan Sabah, Felicia Mikat, telah dipilih untuk melakukan pelepasan kepada para peserta larian amal bersama-sama dengan Timbalan Canselor UNITAR, Profesor Madya Dr. Sakina Sofia Baharom pada 13 Februari depan di Kompleks Sukan Likas.

Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Dr. Morni Kambrie dan Ketua Eksekutif SIDMA College Azizah Khalid Merican telah berkunjung ke SMK Badin untuk menyerahkan surat jemputan kepada Felicia Mikat secara peribadi dan Felicia telah bersetuju untuk menerima pelawaan berprestij ini, kelmarin.

Menurut Morni, Kolej SIDMA memilih Felicia kerana bangga diatas kejayaannya meraih tiga pingat emas iaitu 100m, 200m dan 400m pada Sukan ASEAN ke-8 yang berlangsung di Singapura dari 3-9 Disember 2015 tahun lepas.

Disamping itu, beliau berkata bahawa pada hari Larian itu nanti turut juga diadakan Pameran dan Pertunjukan Motor yang akan menghimpun lebih 200 Motosikal pelbagai jenis termasuk Skuter, Motocross dan Motard, Motosikal (Kapcai) dan Motosikal dibawah 200cc.

Tambahan Morni, jumlah peserta yang akan menyertai larian UNITAR SIDMA Charity Fun Run sehingga hari ini telah melepasi angka 1,500 peserta.

Walaubagaimanapun, beliau menganggarkan jumlah peserta akan mencecah sehingga 2,000 orang sehingga pendaftaran bagi program tersebut ditutup.

Mereka yang berminat boleh mendaftarkan diri dengan melayari www.unitarsidmarun.com atau menelefon 088-732 000 dan permohonan masih diterima sehingga 10 Februari.

Yuran Pendaftaran untuk larian ialah RM60.00 seorang ,manakala yuran pendaftaran untuk pameran motor ialah RM5.00.

Selain itu, pemilik motosikal dibawah 200cc yang minat untuk turut serta dalam Pameran dan Pertunjukan Motor boleh menghubungi Zain Azrai di nombor 016-819 7850.-SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan