Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,690

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

FELCRA buka tanah di Pulau Banggi Januari depan

6:36pm 07/11/2016 Leolerry Lajius 4 views Kota Kinabalu,Tempatan
Nilwan (tiga dari kiri) melakukan acara simbolik perasmian, sambil diperhatikan Bung Mokhtar (tiga dari kanan).-PENERANGAN

Nilwan (tiga dari kiri) melakukan acara simbolik perasmian, sambil diperhatikan Bung Mokhtar (tiga dari kanan).-PENERANGAN

KOTA KINABALU : Lembaga Penyatuan dan Pembukaan Tanah (FELCRA) bakal membuka tanah seluas 3,800 hektar di Pulau Banggi melalui kerjasama Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS), Januari depan.

 
Pengerusi FELCRA, Datuk Sri Bung Mokhtar Radin berkata, tanah tersebut akan dijadikan projek bersifat komersial untuk penanaman nenas, pisang dan kelapa bagi merancakkan lagi industri pengeluaran makanan di negara ini.
 
Projek yang telah diluluskan Kerajaan Negeri itu akan dimulakan pada seawal-awalnya Januari 2017 melibatkan pelaburan mencecah RM 100 juta bagi fasa keseluruhannya.
 
“Makanan adalah sesuatu yang penting kepada manusia, justeru tidak salah untuk FELCRA menjadi tunjang kepada produk pengeluaran makanan negara kerana import dan eksport makanan di negara ini masih tidak seimbang.
 
“Ini juga adalah bagi mengelakkan krisis kekurangan makanan pada masa hadapan dan memanfaatkan sepenuhnya kesuburan tanah di negara kita,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Sambutan 50 Tahun FELCRA Berhad bagi Wilayah Sabah, pada Ahad. 
 
Majlis perasmian tersebut disempurnakan oleh Pembantu Menteri Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Datuk Nilwan Kabang di salah sebuah hotel terkemuka di sini.
 
Jelas beliau, FELCRA juga akan membina bangunannya sendiri di negeri ini pada tahun depan  bagi mengukuhkan lagi kewujudannya.
 
Menurutnya, sehingga kini, FELCRA Wilayah Sabah telah dapat membangunkan kawasan ladang seluas 177, 78200 hektar yang membabitkan 47 projek iaitu 13 projek adalah milik koperasi dan 32 projek lagi adalah milik individu serta dua tanah milik kerajaan.
 
Kawasan-kawasan projek yang terlibat merangkumi Kinabatangan, Telupid, Lahad Datu, Kudat, Beaufort, Kuala Penyu, Nabawan dan Pulau Banggi yang membabitkan 2,305 orang peserta.
 
Tambah beliau, lebih RM 153 juta dividen telah diagihkan kepada peserta bagi tempoh 2001 hingga Mei 2013./PENERANGAN-
Nilwan (tiga dari kanan) dan Bung Mokhtar (tiga dari kiri) ketika melawat gerai produk keluaran FELCRA.-PENERANGAN

Nilwan (tiga dari kanan) dan Bung Mokhtar (tiga dari kiri) ketika melawat gerai produk keluaran FELCRA.-PENERANGAN

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan