Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

FB palsu: NGO lapor polis

pkgm

SUNGAI BULOH – Pertubuhan Kebajikan Gabungan Melayu Islam Malaysia (PKGM) mahu polis mengambil tindakan ke atas pihak yang mewujudkan laman sosial Facebook palsu yang memberikan imej buruk kepada pertubuhannya.

Difahamkan, terdapat beberapa laman sosial Facebook palsu antaranya Kongsi Gelap Melayu (KGM), Legasi Kongsi Gelap Melayu 1, 2, 3, 4 dan 5 serta Persatuan Kongsi Gelap Melayu.

Presiden PKGM, Razak Dahaman berkata, pihak berkenaan telah beberapa kali menggunakan namanya untuk mengeluarkan kenyataan melalui laman sosial palsu itu dan telah menimbulkan kemarahan orang ramai khususnya orang Melayu di negara ini.

“Pemilik akaun palsu ini cuba wujudkan keadaan pecah-belah keluarkan kenyataan sehingga mengelirukan banyak pihak,” katanya kepada Sinar Harian selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Sungai Buloh.

Menurut Razak, segala maklumat dan aktiviti yang terdapat di dalam laman Facebook persatuan telah dicuri dan dimasukkan ke dalam laman sosial palsu tersebut bagi mengelirukan orang ramai.

Razak berkata, sebelum ini pihaknya pernah membuat laporan polis berhubung isu yang sama dan mendesak agar tindakan dikenakan ke atas pelaku berkenaan.

“Mereka tidak henti-henti menggunakan nama saya untuk mengelirukan orang lain. Saya harap agar tindakan tegas dapat dikenakan ke atas pihak berkenaan,” katanya.

Tegasnya, PKGM ditubuhkan untuk memperjuangkan hak orang Melayu bukan untuk memecahbelahkan kaum.

Dalam pada itu, PKGM turut membuat laporan supaya polis menyiasat pihak tidak bertanggungjawab yang telah menggunakan laman sosial Facebook bagi mengeluarkan kenyataan menghina Yang Dipertuan Agong, Tunku Abdul Halim Mu’adzam.

Ketua Biro Agama Dan Kebajikan PKGM, Syairul Azwan Mohd Salleh berkata, laporan dibuat untuk mendesak supaya polis ambil tindakan ke atas pemilik akaun Facebook ‘Chandra Lawan Tetap Lawan’ yang mengeluarkan kenyataan menghina itu.

“Kami sedar tentang kenyataan menghina itu melalui akaun laman Facebook ‘Majlis Ayahanda Kanda Kongsi Semalaysia’ di mana gambar Yang Dipertuan Agong telah diubahsuai dan turut dikomen oleh pihak berkenaan,” katanya.

Katanya, selain menghina institusi kesultanan, laman Facebook itu turut menghina Melayu di negara sekali gus menyentuh sensitiviti rakyat.

Beliau mahu tindakan tegas diambil sebelum keadaan berlarutan.

Komen


Berita Berkaitan