Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,798

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Fatwa haramkan vape dan sisha disambut baik

7:53pm 22/01/2016 Ann Vivien 32 views Isu Semasa,Tempatan
Ramian berharap keputusan  jawatankuasa fatwa itu perlu dipatuhi.

Ramian berharap keputusan jawatankuasa fatwa itu perlu dipatuhi.

KENINGAU: Keputusan Jawatankuasa Fatwa Sabah haramkan penggunaan rokok elektronik (vape) dan shisha berikutan sifatnya yang memudaratkan kesihatan disambut baik masyarakat Islam di kawasan Pedalaman.

Seorang pemimpin pemuda di kawasan ini Ramian Ayub pula berharap masyarakat Islam secara keseluruhannya menerima keputusan Jawatankuasa Fatwa Kerajaan Negeri itu dengan hati terbuka.

Katanya, keputusan haramkan vape dan shisha bukan dibuat oleh seorang tetapi ia melalui muzakarah khas jawatankuasa majlis fatwa negeri.

Ramian yang merupakan Ketua Pemudan Parti Bersatu Sabah (PBRS) Kawasan Sook berkata, keputusan itu lebih menjurus kepada kebaikan kesihatan dan bukan untuk kemudaratan.

Justeru katanya, masyarakat Islam perlu mematuhi  keputusan itu dan bagi masyarakat bukan islam juga  dialu-alukan mematuhinya kerana ia lebih menjurus kepada penjagaan kesihatan.- Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan