Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,675

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Farmer’s Store dibuka di Bornion, Luyang

1:51pm 28/10/2016 Elezebeth Esther Onjining 76 views Kota Kinabalu,Perniagaan,Tempatan
Antara sayur-sayuran organik yang dijual di kedai tersebut

Antara sayur-sayuran organik yang dijual di kedai tersebut

KOTA KINABALU- Para pengamal makanan organik seperti sayur-sayuran kini boleh mendapatkannya di Farmer Store di Lot 15, Aras Bawah di Bornion Centre, Luyang,

Jurucakap kedai itu, Norazman Jamdin berkata kesemua sayur-sayuran dijual dalam kedai berkenaan merupakan hasil tanaman daripada petani yang mengaplikasikan penanaman sayuran organik

” Kedai ini akan menerima bekalan sayur-sayuran sebanyak tiga kali seminggu daripada para petani dan bergantung kepada permintaan pasaran,”katanya dalam satu kenyataan, disini.

Selain itu, Norazman berkata, kedai tersebut boleh memuatkan seramai 15 orang pembeli dalam satu masa.

” Kami memilih untuk membuka kedai di kawasan ini kerana tempatnya yang kodusif dan menyenangkan para pelanggan untuk membeli sayur-sayuran,

” Kedai itu akan mula beroperasi pada jam 7 pagi sehingga 4 petang setiap hari,” katanya.

Dalam masa sama, katanya, kedai tersebut turut menjual baja semula jadi Glomus Ecology yang boleh didapati dalam pek mesra pengguna (user- friendly packs).

Sebarang pertanyaan mengenai kedai tersebut boleh menghubungi talian +6010- 9821382 dan 010- 587 4398. -Elezebeth Esther/SayangSabah

whatsapp-image-2016-10-28-at-11-06-10

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan