Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Farmasi Pandu Lalu Mudahkan Pesakit Kronik

farmasi

SANDAKAN– Farmasi Pandu Lalu (FPL) Klinik Kesihatan Sandakan, yang mula beroperasi hari ini, dijangka memudahkan 2,314 pesakit kronik di daerah ini mendapatkan bekalan susulan ubat-ubatan melalui perkhidmatan tambah nilai.

FPL di klinik kesihatan kedua di Sabah yang menyediakan perkhidmatan itu dirasmikan Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Elopura Datuk Au Kam Wah.

Timbalan Pengarah Kesihatan Awam Sabah Dr Jamail Muhi berkata langkah itu mampu memberi keselesaan dan kepuasan kepada rakyat iaitu dengan mengurangkan masa menunggu kepada tidak melebihi 30 minit untuk mendapatkan ubat dari farmasi.

“Perkhidmatan FPL penting bagi menjamin perkhidmatan yang diberikan terus mapan seiring dengan kemajuan dan perkembangan teknologi, prasarana dan memenuhi keperluan serta kebolehcapaian oleh rakyat,” katanya dalam teks ucapannya dibacakan Pegawai Kesihatan Kawasan Sandakan Dr Johari Awang Besar.

Dr Jamail berkata melalui perkhidmatan FPL, pesakit perlu berdaftar di kaunter farmasi terlebih dahulu dengan memenuhi syarat pendaftaran iaitu pesakit mesti berkenderaan dan mempunyai preskripsi (surat ubat) yang tempohnya lebih dari sebulan.

Katanya selepas itu, pesakit hanya perlu menghantar khidmat pesanan ringkas tentang butiran pesakit berserta tarikh dan masa yang diingini sebelum datang mengambil ubat di farmasi pandu lalu.

Au dalam ucapannya berkata perkhidmatan FPL di daerah ini akan memberi keselesaan kepada pesakit kronik untuk mendapatkan bekalan ubat dengan mudah dan cepat.

Katanya pengwujudan perkhidmatan Tambah Nilai dapat membantu pesakit kronik mendapatkan bekalan ubat susulan dengan lebih cepat dan mudah serta mengurangkan masa menunggu di unit farmasi.

Komen


Berita Berkaitan