Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,791

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Fareez Nafi Menang Mentor Milenia Kerana Status Bapa

11:35am 07/03/2016 Pak Roshan 457 views Hiburan

mentor

TAHNIAH kepada Fareez, protege Hazama yang juga merupakan anak kepada pelakon Fauzi Nawawi kerana berjaya memenangi program realiti televisyen, Mentor Milenia 2016.

Fareez juga memberitahu bahawa wang kemenangannya sebanyak RM100,000 itu akan digunakan untuk menyambut ulangtahun kelahirannya pada 6 Mei ini di Mekkah bersama keluarga tercinta.

Dia juga memaklumkan akan membawa ibu kandungnya yang kini menetap di Kedah untuk bersama-sama menunaikan umrah di Mekah nanti.

“Duit yang saya menang ini akan digunakan untuk menunaikan impian saya menyambut hari lahir di Mekkah. Tarikh lahir saya pada 6 Mei ini dan kalau boleh saya nak bawa ibu saya ke sana kerana sekarang dia ada di Kedah” katanya selepas selesai Konsert Final Mentor Milenia.

Walaupun ada sesetengah pihak yang mendakwa kemenangannya adalah kerana status ayahnya yang bergelar pelakon, Fareez hanya menganggap itu sebagai rezeki yang sudah tertulis untuknya.

“Masa abang Hazama pilih saya sebagai protegenya, dia tak tahu pun saya anak kepada Fauzi Nawawi, dan kalau saya tidak layak, sudah tentu abang Hazama tidak akan memilih saya” 

– mynewshub

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan