Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Fandy Kerispatih bakal hangatkan konsert Perayaan Krismas KK

KOTA KINABALU: FANDY Santoso, vokalis Band popular Indonesia, Kerispatih bakal berkunjung ke negeri ini sempena sambutan perayaan Krismas Kota Kinabalu (KK) pada Isnin hingga Khamis depan (11 – 14 Disember).

Fandy yang sudah lebih tujuh tahun menggantikan Sammy Simorangkir (mantan vokalis) menzahirkan keterujaannya untuk membuat persembahan pada malam ketiga dan penutupan acara itu nanti.

“Saya sangat excited, karena ini pertama kali saya ke Kota Kinabalu. Saya harap kehadiran saya menjadi berkat untuk semua yang hadir,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.
Fandy dijadualkan tiba di Sabah pada hari selasa depan.

Sebelum mencipta nama di pentas dunia, Fandy pernah bergabung dalam sebuah band rohani bernama J-First sebagai vokalis.

Dia kemudiannya menyertai menyertai program realiti TV Indonesian Idol namun nasib tidak menyebelahinya pada percubaan pertama.

Fandy sekali lagi menyertai rancangan popular itu pada musim seterusnya dan berjaya menjadi finalis Indonesian Idol Musim Keempat pada tahun 2017 dan mencapai kedudukan lima teratas.

Bakat yang dimiliki Fandy membawanya terbang lebih tinggi sehingga dilamar oleh Kerispastih.

Selain terus gagah mencipta nama di persada muzik, Fandy kekal sebagai seorang yang rendah hati dan memiliki keperibadian mulia.

Dia pernah menerbitkan album ketuhahanan berjudul ‘Life is Giving’. Album ini berisi 10 lagu yang sederhana dan sangat mudah dicerna dan merupakan lagu-lagu yang berisi tentang kesaksian hidup Fandy yang sudah banyak menikmati berkat yang Tuhan curahkan dalam hidupnya. Diantaranya, Hilang, Selalu Ada Untukku, Inilah Hidupku dan Tangan Tuhan yang Terbuka.

Menurut pengurus artis bagi konsert Perayaan Krismas KK, Peter Anderson Nianti, selain Fandy, penyanyi dan penggubah bebas Malaysia Juwita Suwito juga akan membuat persembahan pada hari yang sama.

Juwita merupakan penyanyi asal lagu tema bagi rancangan realiti hiburan terkenal di Malaysia iaitu Akademi Fantasia dan juga lagu tema Tahun Melawat Malaysia 2007.

Anak kacukan Indonesia-Singapura ini merupakan adik kepada Aubrey Suwito.

Selain itu, acara pentas sepanjang perayaan Krismas KK juga bakal diserikan dengan konsert artis tempatan.

Antaranya ialah Marlleynne Fane JL Paul, Joe Balanjiu Jr, Norbert Andilah, Feraddy Okuling, Aprilisa Sue Ann dan Rayner Pailus (Elvis Presley Sabah).

Marlleynne merupakan naib johan dalam rancangan realiti TV3 ‘Vokal Bukan Sekadar Rupa’ Musim ke-2 pada tahun 2012.

Joe pula juga merupakan pencipta lagu dan penulis lirik yang dikenali.

Walau jarang dirinya kepada media luar, namun Joe sering diundang mengadakan persembahan jazz untuk majlis korporat dan festival muzik di luar negara seperti Indonesia, Filipina dan UK.

Sementara itu, Norbert, Feraddy dan Aprilisa merupakan penyanyi yang banyak meraih kemenangan dalam pertandingan-pertandingan nyanyian tempatan.

“Ramai lagi artis-artis yang akan membuat persembahan nanti untuk menghiburkan para pengunjung.

“Datang ke Padang Merdeka dan saksikan kehebatan barisan artis yang akan menyemarakkan lagu suasana Krismas,” ujar Anderson. /SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan