Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Fama Sabah Sasar 367 Petani Sertai Ladang Kontrak Tahun Ini

FAMA

KOTA KINABALU: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Sabah menyasar untuk menarik 367 petani di negeri itu menyertai program Ladang Kontrak melibatkan kawasan seluas 539 hektar tahun ini, kata Pengarah Fama Sabah Ribin Wahid.

Beliau berkata setakat Mei tahun ini, seramai 303 petani sudah menyertai program berkenaan melibatkan kawasan seluas 327 hektar.

“Bagi tahun 2014, fokus program Ladang Kontrak adalah untuk meredakan inflasi dan mengimarahkan kehidupan rakyat dengan memperbanyakkan Ladang Kontrak bagi memastikan bekalan makanan mencukupi,” katanya ketika berucap pada majlis pembukaan seminar Ladang Kontrak dan KUKUH Negeri Sabah 2014 di sini Selasa.

Seminar berkenaan dirasmikan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah Datuk Ujang Sulani.

Antara objektif seminar dua hari berkenaan termasuk untuk memberi penerangan kepada jabatan dan agensi pelaksana program Ladang Kontrak mengenai fungsi dan perkhidmatan jabatan dan agensi dalam program Ladang Kontrak serta pencapaian serta hala tuju program itu pada tahun ini.

Menurut Ribin selain memperbanyakkan Ladang Kontrak, Fama Sabah juga memperkenalkan program Pengukuhan Bekalan Ladang Kontrak Ke Pasar Tani (KUKUH) bagi meningkatkan bekalan hasil ladang untuk dijual terus di Pasar Tani dengan matlamat menawarkan harga berpatutan kepada pengguna dan harga munasabah kepada pengeluar.

Beliau berkata sehingga Mei tahun ini, seramai empat pemasar dan 14 pengeluar menyertai program berkenaan melibatkan 65.33 tan metrik hasil pertanian dengan nilai transaksi sebanyak RM147,643.80.

Ujang dalam ucapannya pula mahu program KUKUH dikembangkan lagi bagi memastikan lebih banyak hasil daripada Ladang Kontrak disalurkan terus kepada pengguna melalui akses pasar tani, Gerai Buah-Buahan Segar (GBBS), Agrobazar dan cawangan runcit Fama.

Beliau berkata melalui cara itu, pengguna akan mendapat hasil pertanian secara berterusan pada harga berpatutan manakala petani dan pemasar mendapat keuntungan munasabah setimpal dengan usaha mereka.

Komen


Berita Berkaitan