Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Fama Beri Jaminan Bekalan Keperluan Ramadan, Aidilfitri Cukup

FAMA

BUKIT MERTAJAM:  Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) memberi jaminan bahawa bekalan barang keperluan sepanjang Ramadan dan Aidilfitri adalah mencukupi.

Pengerusinya, Tan Sri Badruddin Amiruldin berkata menjadi kelaziman apabila tiba Ramadan, permintaan terhadap barangan keperluan bertambah sebanyak 10 hingga 20 peratus serta meningkat tiga kali ganda dalam tempoh tiga hari sebelum hari raya dan seminggu selepas itu.

“Fama telah membuat persedian awal iaitu dengan menambah bekalan barang keperluan seperti santan kelapa, kobis, ayam dan daging lembu yang mana produk berkenaan akan dijual di semua pasar tani serta kedai bergerak kita.

“Jadi, orang ramai tidak perlu risau tentang kekurangan stok barangan keperluan menjelang bulan puasa dan sambutan Aidilfitri nanti,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kelab Myagrosis di Universiti Teknologi MARA (UiTM) di sini Isnin.

Beliau turut merasmikan Program Bersempena Karnival Minggu Peniaga Kecil dan Sederhana di kawasan UiTM berkenaan yang bermula hari ini hingga Rabu.

Sementara itu, Pengarah Fama Pulau Pinang Habibah Sulaiman berkata bersempena karnival berkenaan, pihaknya turut mengadakan Parti Durian iaitu setiap orang hanya dikenakan bayaran RM15 dan dibenar makan buah durian, manggis serta rambutan sehingga puas.

Beliau berkata pihaknya menyasarkan sehingga 20,000 orang untuk program Parti Durian.

“Bersempena Parti Durian, kita telah menyediakan sebanyak 25 metrik tan buah-buahan iaitu 15 metrik tan durian dari Balik Pulau, di bahagian pulau dan Singkir, Kedah serta masing-masing lima metrik tan rambutan dan manggis dari Sungai Petani, Kedah serta Balik Pulau,” katanya.

Komen


Berita Berkaitan