Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

FAM usah bazir duit ambil khidmat jurulatih luar: Khairy

Khairy Jamaluddin.
Khairy Jamaluddin.

KOTA KINABALU – Usaha menggembalikan maruah bola sepak negara tidak semestinya memerlukan sentuhan khidmat jurulatih asing untuk membimbing para pemain kebangsaan.

Kekal dengan pendirian itu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menegaskan ini kerana tindakan itu hanya membazirkan duit Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

“Pendirian saya jelas daripada dahulu lagi bahawa kita tidak perlu jurulatih daripada luar kerana itu hanya bazirkan duit FAM sebab jurulatih luar pun tidak boleh selamatkan pasukan sedia ada,” katanya kepada pemberita semasa menghadiri majlis berbuka puasa anjuran Pemuda UMNO Sabah di sini hari ini.

Khairy berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bahawa persatuan itu perlu mengkaji semula sama ada untuk terus menggunakan khidmat jurulatih tempatan mengendalikan atau beralih kepada jurulatih luar ekoran prestasi Malaysia kekal statik.

Khairy berkata, negara perlu menunggu lima hingga 10 tahun akan datang untuk pemain-pemain muda daripada program Harimau Muda untuk menggantikan pemain sedia ada.

“Inilah kemampuan mereka. Kalau bawa masuk Alex Fergusan pun tidak dapat menyelamatkan mereka sebab itulah prestasi mereka. Mungkin ada sedikit peningkatan, tapi itu sahaja yang kita dapat. Cara mereka bermain hambar.

“Justeru, kita tunggu untuk mereka bersara dan kita bina semula daripada pemain muda dan untuk mencorakkan pemain baharu kita kena mula dari pemain yang muda. Kita tidak boleh mengajar kuda lama taktik baharu,” ujarnya.

Bukan kecewa, sebaliknya Khairy menjelaskan beliau bersikap realistik terhadap prestasi pasukan kebangsaan.

Dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 bulan lau, Malaysia dimalukan Palestin 6-0 dalam aksi kedua di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 16 Jun lalu dan diikat 1-1 oleh pasukan kerdil Timor Leste. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan