Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,770

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

FAM ‘Nyah’ Keluar Singapura Mulai Liga Musim Depan

12:12pm 25/11/2015 Pak Roshan 724 views Mutakhir,Sukan

lionsxii

SINGAPURA – Pasukan bola sepak kebangsaan dari Singapura, LionsXII tidak lagi akan bermain dalam Liga Super Malaysia (MSL) mulai pada musim 2016, lapor stesen penyiaran tempatan Channel NewsAsia pada Rabu.

Ia memetik kenyataan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam satu sidang media yang diadakan lewat 24 November di Kuala Lumpur, susulan hasil mesyuarat jawatankuasa eksekutif badan nasional sukan tersebut.

Menerusi laman web rasminya, FAM menyatakan pihak mereka tidak akan lagi memperbaharui perjanjian perlawanan dengan melibatkan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) yang ditandatangani pada 2011 lalu.

Justeru, LionsXII tidak akan bermain dalam MSL mulai awal 2016. Pasukan itu ditubuhkan sejak 2011 dengan stadium tuan rumah di Jalan Besar di sini dengan kapasiti 8,000 penonton mula bermain dalam MSL pada 2012.

lionsxii1

Pasukan bertaraf kelab jemputan ini dilaporkan kecundang 1-4 dalam perlawanan pertama menentang tuan rumah Pahang di Stadium Darul Makmur, Kuantan untuk peringkat suku akhir Piala Malaysia pada malam Selasa.

Sejak menyertai kancah MSL secara rasmi pada 2012 lalu, LionsXII pernah mencipta sejarah apabila muncul sebagai juara untuk Liga Super pada 2013, selain melakar rekod menjulang trofi Piala FA, pada musim ini

Kekosongan tempat LionsXII itu bakal diambil alih oleh sebuah pasukan tempatan yang sudah dikenal pasti telah melayakkan dirinya untuk menyertai liga elit tersebut melalui beberapa perlawanan saringan sebelum ini.

Singapura pernah menyertai liga Malaysia sejak 1921 lagi (waktu itu Piala HMS Malaya) sebelum menarik diri pada 1994 susulan kejayaan berganda pasukan tersebut memenangi Liga-M dan Piala Malaysia ketika itu.

Untuk rekod ia telah memenangi Piala Malaysia sebanyak 24 kali selain naib juara 19 kali iaitu kedua terbaik selepas pasukan Selangor dengan rekod menang 32 kali dan naib juara 15 kali. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan