Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,499

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

FAM ampun Matlan, 5 rakan

6:03pm 08/04/2017 Pak Roshan 21951 views Berita Pilihan,Mutakhir,Sukan

TUNKU Ismail Sultan Ibrahim (kiri) ketika sidang media selepas Mesyuarat Exco Pertama Penggal 2017-2021 di bilik mesyuarat Hotel Magellan Sutera, Kota Kinabalu. – Foto Malai Rosmah Tuah

KOTA KINABALU: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan bekas pemain kebangsaan, Matlan Marjan dan lima lagi pemain Sabah diberi ‘pengampunan’ untuk kembali menyertai sukan bola sepak di negara ini.

Presidennya, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, berkata keputusan terbabit dipersetujui dalam mesyuarat EXCO badan induk itu di sini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai nasib enam pemain itu dalam sesi bertemu peminat yang berlangsung, di sini, sebentar tadi.

TUNKU Ismail Sultan Ibrahim (kiri) ketika sidang media selepas Mesyuarat Exco Pertama Penggal 2017-2021 di bilik mesyuarat Hotel Magellan Sutera, Kota Kinabalu. – Foto Malai Rosmah Tuah

“Tadi kita sudah membangkitkan isu terbabit dalam mesyuarat EXCO FAM untuk melepaskan mereka dan itu status semasa mereka buat masa ini.

“Jadi ya, mereka boleh terbabit (kembali terbabit dalam bola sepak), ” katanya.

Penyerang itu adalah antara bekas pemain yang digantung seumur hidup oleh badan induk bola sepak kerana terbabit dalam skandal rasuah yang menggegarkan kancah bola sepak negara pada 1990-an.

Lima lagi pemain Sabah yang turut menerima nasib seperti Matlan ialah Matusin Bowie, Junaidy Tuah, Gerald Mojiliu, G Raveychandran dan Charles Tindi.

Pada 9 Mei tahun lalu, FAM memberi pengampunan kepada 78 bekas pemain yang terbabit dalam skandal itu namun mereka berenam terkecuali daripada pengampunan itu. – BH ONLINE

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan