Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Faktor kemiskinan bukan penghalang

Raime Unggi (kanan) bersalaman dengan para ibu bapa dan guru yang menyambut ketibaannya. - foto Kalawon Sawing
Raime Unggi (kanan) bersalaman dengan para ibu bapa dan guru yang
menyambut ketibaannya. – foto Kalawon Sawing

TENOM – Masyarakat setempat harus menyedari persepsi bahawa kemiskinan bukanlah penghalang untuk berjaya dalam hidup sekiranya ingin berjaya, sebaliknya kekurangan seharusnya dijadikan kesedaran untuk lebih berusaha mencapai kejayaaan.

Ahli Parlimen Tenom, Datuk Raime Unggi berkata, hal ini perlu diberikan penekanan oleh ibu bapa kerana banyak cabaran dalam dunia hari ini seperti kemajuan teknologi yang mampu mempengaruhi pemikiran anak-anak.

“Jangan biarkan anak-anak tidak mendapat perhatian dan galakan daripada ibu bapa untuk belajar dengan bersungguh-sungguh kerana pendidikanlah yang mampu mengubah hidup anak-anak dan keluarga di masa depan, “ katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di Sekolah Kebangsaan (SK) Kemabong, di sini hari ini.

Jelasnya, selain itu,  ibu bapa dan guru perlu membentuk kerjasama yang baik untuk sama-sama membantu anak-anak berjaya dalam apa jua bidang.

“Sesebuah organisasi seperti PIBG akan mampu mencapai kejayaan dan matlamatnya sekiranya terdapat persefahaman dan kerjasama yang baik di kalangan ahli-ahlinya.

“Justeru, bantulah anak-anak, beri mereka sokongan dan galakan yang sepatutnya kerana kejayaan tidak akan datang begitu saja pada anak-anak kita sekiranya mereka tidak belajar bersungguh-sungguh dan mendapat galakan daripada ibu bapa serta guru,” ujarnya. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

 

Komen


Berita Berkaitan