Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Faiz bangga bawa Obor Sukan SEA

KOTA KINABALU : Seorang peserta Larian Obor Temasya Sukan SEA kali ke 29 dan Para Asean ke-9 Kuala Lumpur 2017, Fariz Abd Rani, 38, merasa bangga kerana dapat membawa sendiri obor berkenaan sejauh kira-kira 80 meter.

Menurutnya, walaupun jarak itu tidak terlalu jauh tetapi sudah cukup baginya untuk merasa sangat bangga kerana dapat menjayakan program tersebut.

“Selama beberapa hari ini,​ saya hanya mengikuti perkembangan larian obor itu menerusi laman sosial Facebook sehingga Menteri Belia dan Sukan Malaysia, ​Khairy Jamaluddin ​membawa obor itu ke puncak Gunung Kinabalu.

“Hari ini,​ saya tidak sangka dan sangat teruja kerana dipilih untuk membawa obor itu sendiri dan menjadi sebahagian dari sejarah penganjuran Sukan Sea Kuala Lumpur 2017,”katanya.

Menurut Fariz lagi, itu juga sebahagian pengiktirafan kepada golongan kelainan upaya (OKU) sepertinya yang tidak dikecualikan dari sebarang program-program kemasyarakatan.

“Amat penting dalam program-program besar dan penting seperti ini golongan OKU terus dilibatkan agar kami dapat memberi sumbangan kepada negara,”katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Persatuan Berkerusi Roda Kota Kinabalu turut berharap Kontinj​en negara termasuk kontinjen paralimpik dapat memenangi banyak pingat emas sekaligus menjadi juara keseluruhan Sukan SEA kali ini.

“Kontinj​en paralimpik negara mempunyai kelebihan dalam acara-a​cara sukan yang menggunakan alat seperti wheelchair danhandcycle racing dan saya amat berharap akan menjadi lubuk emas buat negara,”kongsinya yang ditemui selepas Larian Obor itu di Peringkat Bahagian Pantai [email protected] Kinabalu, pada petang Rabu.

Pada majlis itu, Fariz mengetuai ratusan peserta lain menyerahkan obor kepada Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah, Datuk Seri Panglima Raymond Tan Shu Kiah yang mewakili Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Aman​ di Jesselton Point sebelum diarak ke Segama Waterfront.

Turut hadir Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri SabahDatuk Edward Yong Oui Fah,Pembantu Menteri Belia Dan Sukan Sabah, Datuk Masiung Banah, Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Nor Rizan Mohd Thani  dan Mayor Bandaraya Kota Kinabalu,  Datuk Yeo Boon Hai./PENERANGAN-

Raymond menerima obor daripada Fariz untuk diarak ke Segama Waterfront.

 

Komen


Berita Berkaitan