Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,650

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Faisyal: Sukan mampu mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli parti dan generasi muda

3:31pm 27/03/2016 Elezebeth Esther Onjining 34 views Sukan,Tempatan
Kenangan.. Faisyal (lapan dari kanan) bersama ahli parti UMNO Bahagian Kota Kinabalu dan sayap parti iaitu Pemuda, Puteri dan Wanita serta para peserta pertandingan futsal sempena Karnival Sukan UMNO Bahagian Kota Kinabalu

Kenangan.. Faisyal (lapan dari kanan) bersama ahli parti UMNO Bahagian Kota Kinabalu dan sayap parti iaitu Pemuda, Puteri dan Wanita serta para peserta pertandingan futsal sempena Karnival Sukan UMNO Bahagian Kota Kinabalu

KOTA KINABALU: Sukan merupakan salah satu strategi yang berkesan dalam menarik generasi muda untuk bersama dengan Barisan Nasional (BN) dan UMNO, kata Ketua Bahagian UMNO Kota Kinabalu, Datuk Faisyal Yusof Hamdain Diego.

Katanya, sebanyak 58 pasukan menyertai kejohanan futsal sempena Karnival Sukan UMNO Bahagian Kota Kinabalu yang diadakan di Futsal Suria Sabah,Jesselton Point, disini, hari ini.

“Jumlah penyertaan yang memberansangkan itu merupakan satu kejayaan besar bagi pihak penganjur kerana dapat menghimpunkan generasi muda untuk bersukan,”katanya semasa ditemui pemberita semasa kejohanan futsal sempena Karnival Sukan UMNO, di Futsal Suria Sabah, disini, hari ini.

Menurut Faisyal, beliau juga telah berbincang dengan sayap parti iaitu Pemuda, Wanita dan Puteri supaya menganjurkan lebih banyak aktiviti sukan seperti ini kerana ia dapat mengeratkan lagi silaturahim di kalangan peserta. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Faisyal melakukan 'Kick off' sebagai simbolik kejohanan futsal sempena karnival sukan UMNO Bahagian Kota Kinabalu

Faisyal melakukan ‘Kick off’ sebagai simbolik kejohanan futsal sempena karnival sukan UMNO Bahagian Kota Kinabalu

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan