Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,643

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Fabian juara larian lasak MC2016

6:06pm 02/01/2016 Ann Vivien 124 views Berita Pilihan,Sukan,Tempatan
Jelani (barisan kedua, lima dari kanan) dan jawatankuasa penganjur bergambar bersama pemenang kategori Terbuka Lelaki 30 Kilometer, Fabian (duduk, tengah), Wincentbert (duduk, kiri) dan Sapirin (duduk, kanan).

Jelani (barisan kedua, lima dari kanan) dan jawatankuasa penganjur bergambar bersama pemenang kategori Terbuka Lelaki 30 Kilometer, Fabian (duduk, tengah), Wincentbert (duduk, kiri) dan Sapirin (duduk, kanan).

MATUNGGONG: Fabian Osmond Daimon dari Tamparuli dinobatkan sebagai juara kategori Terbuka 30 kilometer larian lasak Matunggong Challenge  (MC) 2016 yang diadakan di sini, semalam.

Kejayaan itu melayakkan beliau membawa pulang hadiah utama MC 2016 iaitu wang tunai RM2000, medal dam sijil penyertaan.

Tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi oleh Wincentbert Latius dan Sapikin Sumpin dari Ranau. Mereka membawa pulang wang tunai RM1000 dan RM700, medal dan sijil penyertaan.

Hadiah utama itu telah disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Matunnggong, Dato’ Jelani Hamdan yang juga Presiden Presiden Persatuan Momogun Rungus Sabah (SAMORA).

Peserta kategori terbuka 30 kilometer berlari dari Puruvan Square di Pekan Matunggong ke Kampung Matunggong, melalui Kg Toporoi, Kg.Tigaman Darat, Kg Tampi, Kampung Teringai dan berakhir di Pantai Teringai Mandavang.

“MC 2016” yang bertemakan “MC 2016” Run for a Cause” melibatkan sebanyak 4 kategori iaitu Larian Terbuka (30 KM (kilometer)), Larian Veteran-10 KM, Larian 15 KM dan Larian 3 KM untuk kanak-kanak.

Bagi kategori veteran 10 KM, johan dimenangi oleh David Sandi  dari Kota Marudu. Naib johan tempat ketiga masing-masing disandang oleh Dimih Saladan dari Tamparuli dan tempati ketiga ialah Rayim Sidik dari Kota Kinabalu.

Daved Simpat dari Ranau menjuarai kategori lelaki (15km). Yusop Tungkob dari Tenom muncul naib juara. Tempat ketiga dimenangi oleh Safrey Samping dari Ranau.

Bagi kategori wanita 15KM, johan disandang oleh Eyeliah Rubidie dari Kota Marudu. Naib johan dimenangi oleh Kona Liau dari Pitas. Manakala tempat ketiga disandang oleh Hailin Derixon dari Bandau.

Sementara Jonelldey John muncul juara Kategori Kanak-Kanak (3KM). Lerry Lazarus dan Jack masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.

Berucap merasmikan program itu, Jelani berkata, Matunggong Challenge 2016 yang julung kali diadakan itu menjanjikan kelainan berikutan pengenalan laluan larian yang mencabar melibatkan jalan berbatu dan tidak berturap.

“MC 2016 juga bertujuan untuk mempekenal dan mempromosikan keindahan panorama alam semulajadi Pantai Teringai Mandavang sebagai satu destinasi pelancongan di Matunggong”, katanya.

Menurutnya, MC 2016 mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dengan penyertaan lebih daripada 300 peserta terutama pelari dari daerah-daerah lain seperti Kota Kinabalu, Ranau, Tenom, Beaufort, Kudat, Kota Marudu dan Kota Belud.

Jelani berkata, lebih membanggakan lagi ialah MC 2016 diiktiraf oleh Menteri Belia dan Sukan Negeri, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan dan telah bersetuju memasukkan acara itu dalam kalander sukan negeri Sabah untuk kategori pelancongan sukan.

Selain cabutan tiket bertuah, MC 2016 yang berakhir di Pantai Teringai Mandavang juga diserikan dengan persembahan nyanyian dari artis-artis jemputan khususnya artis Rungus.-Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan