Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

FAB dan PAWSE anjur Festival Irama Rimba Borneo

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

SANDAKAN- Future Alam Borneo (FAB) dengan kerjasama Tindakan Perlindungan Hidupan Liar di Sabah melalui Pendidikan(PAWSE) akan menganjurkan Festival Irama Rimba Borneo (ROR) 2015 pada 22 dan 23 Ogos ini.

Festival itu berlangsung selama dua hari di Pusat Penemuan Hutan Hujan (RDC) di Sepilok, Sandakan, festival yang diadakan untuk tahun ke-2 itu membawakan isi konservasi hidupan liar dan hutan hujan kepada orang awam menerusi format “pendidikan eksperimen” yang unik.

Bertemakan “Biodiversiti dan masa hadapan kita”, Festival ROR2015 akan dibahagikan kepada empat zon iaitu Pemuliharaan dan Alam Sekitar; pengembaraan; Kreatif dan muzik.

ROR2015 adalah program yang disokong oleh orang ramai dan dibiayai. Mereka yang berminat menyumbang kepada projek yang sedang dijalankan FAB dan festival itu boleh membeli tiket bernilai RM30 bagi dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak 5 tahun ke atas/remaja/pelajar.

Untuk maklumat lanjut boleh melayari www.futurealamborneo.org atau lama Facebook – Future Alam Borneo.- AA/ SayangSabah.

Komen


Berita Berkaitan