Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

EWON TERIMA KUNJUNGAN HORMAT TIMBALAN MENTERI KPLB

Gambar SNT/Ehsan KPLB

KUNJUNGAN HORMAT… Menteri Pembangunan Luar Bandar Ewon Benedick menerima kunjungan hormat daripada rombongan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Pusat hari ini.

Kunjungan KPLB Pusat yang diketuai oleh Timbalan Menterinya Sivarasa Rasiah (satu kanan), ke pejabat KPLB Sabah itu antara lain membincangkan pelbagai isu termasuk projek pembangunan luar bandar.

SSelain itu, program pembasmian kemiskinan serta penyediaan kemudahan asas luar bandar yang telah dan akan dilaksanakan di Sabah turut dibincangkan.

Turut serta dalam kunjungan itu ialah Pengarah Pejabat KPLB (P) Sabah, Hamsha Injau (satu kiri) dan Timbalan Pengarah KPLB (P) Sabah Christnie Alus, Setiausaha Perhubungan Awam kepada Menteri KPLB Sabah Charles Dalinsing, Setiusaha Sulit kepada Menteri KPLB Sabah Arron Albert Guramon dan pegawai-pegawai kanan KPLB Sabah dan Pusat. -SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan