Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

EWON TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA UNICEF

Gambar SNT/Ehsan KPLB

KUNJUNGAN HORMAT … Menteri Pembangunan Luar Bandar Ewon Benedick menerima kunjungan hormat daripada Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) yang diketuai oleh Wakil UNICEF Malaysia, Marianne Clark Hattingh, untuk membincangkan perkongsian maklumat dan kerjasama yang boleh dijalin berkaitan pembangunan wanita dan kanak-kanak di luar bandar.

 

Turut serta dalam lawatan itu, Pakar Dasar Sosial UNICEF Siti Altaf Deviyati Ismail dan Juruperunding Program dan Pembangunan Perkongsian UNICEF Dr.Elaine Kong. 

 

Hadir sama, Ketua Penolong Setiausaha Seksyen Kesejahteraan Rakyat Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah Charles W Dabbi, Setiausaha Politik kepada Menteri KPLB Carlye Lajimin dan Setiausaha bahagian sosio ekonomi KPLB Sabah Serbini Jadin.

 

Kelihatan dalam gambar Ewon (empat dari kiri) dan Marianne (empat dari kanan) bersama rombongan UNICEF dan para pegawai kanan KPLB Sabah.-SabahNewsToday/KPLB

Komen


Berita Berkaitan