Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Ewon sumbang RM20,000 kepada Montfort 

Ewon menyampaikan sumbangan RM20,000 kepada Bro Francias. Turut kelihatan, Dompok dan Margaret.Gambar SNT/Ehsan KPLB

PAPAR: Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Ewon Benedick menyampaikan sumbangan sebanyak RM20,000 kepada Monfort Youth Training Centre (MYTC) Kinarut sempena Karnival dan Rumah Terbuka Ke-13 Monfort, di sini, hari ini.

Ewon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian berharap sumbangan itu sedikit sebanyak dapat membantu pusat latihan itu melaksanakan pelbagai program latihan kemahiran untuk manfaat rakyat khususnya golongan belia di negeri ini.

Ewon bersama-sama memotong kek hari Jadi Dompok, turut kelihatan Puan Sri Diana dan Margaret. Gambar SNT/Ehsan KPLB

“Ini juga adalah tanda sokongan kita kepada usaha Montfort yang turut berperanan membantu golongan yang memerlukan ruang dan peluang belajar terutamanya dalam bidang kemahiran,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat gerai jualan pada majlis itu.

Turut hadir pengasas Montfort Tan Sri Bernard Giluk Dompok, Pengerusi Montfort Datuk Margaret Fung dan Brother Francis Xavier Gasper.

Ewon dan Dompok melawat gerai jualan pada karnival itu. Gambar SNT/Ehsan KPLB

Ewon turut menyambut baik rancangan MYTC untuk memperkenalkan kursus baharu berkaitan perladangan yang dijangka dimulakan Jun 2019.

Beliau berkata, kursus itu ada kaitan dengan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) kerana kementerian itu mengusahakan ladang Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) dan ladang Mini Estet Sejahtera (Mesej) penanaman sawit.

“Mungkin ini adalah sesuatu yang kita boleh adakan kerjasama antara KPLB dan Montfort,” katanya.

Mengenai karnival itu beliau berkata, hasil dana yang diperolehi melalui jualan akan digunakan untuk penyelenggaraan dan penjagaan 220 belia yang memerlukan di bawah program penjagaan kediaman termasuk 80 orang pelajar sekolah di Asrama San Damiano, Kiulu dan Asrama Belia St Mary, Sandakan.

Lebih 50 gerai menawarkan pelbagai jenis makanan dan minuman yang disediakan secara sendiri oleh rakan dan kakitangan Montfort. Bahagian pertukangan kayu dan kimpalan juga turut mempamerkan produk mereka yang dihasilkan sendiri oleh para pelatih.-SabahNewsToday/KPLB

 

Komen


Berita Berkaitan