Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

EWON DAPAT MANDAT PENUH KEKAL KETUA BAHAGIAN, TANDING NAIB PRESIDEN UPKO

Ewon menerima borang keahlian daripada Romie. Gambar SNT/Ehsan Upko Kota Belud

KOTA BELUD: Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Ewon Benedick mendapat mandat penuh untuk terus kekal sebagai Ketua Bahagian UPKO Kota Belud.

Beliau diisyiharkan menang tanpa bertanding selepas 71 Cawangan UPKO seluruh Kota Belud mengadakan mesyuarat agung cawangan masing-masing sepanjang bulan Julai.

Ewon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian turut menawarkan diri bertanding Naib Presiden UPKO dalam kongres parti yang akan diadakan pada 12-14 Oktober ini.

“Pada awalnya, saya berhasrat untuk tidak mengambil bahagian dalam pemilihan parti kerana mahu memberi fokus kepada amanah besar menerajui Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah.

“Bagaimanapun, saya mengambilkira perkembangan semasa UPKO dan saya rasa perlu menjadi barisan hadapan dalam usaha pemantapan, pemulihan dan kesinambungan kepimpinan parti,” katanya.

Ewon (dua dari kiri) bersama para pemimpin Upko yang hadir pada mesyuarat itu. Gambar SNT/Ehsan Upko Kota Belud

Beliau berkata demikian pada Mesyuarat Agung Tri-Tahunan Upko Bahagian Kota Belud, di Dewan Kompleks Botung, di sini, hari ini.

Ewon berharap dapat menyuntik semangat baru dalam kepimpinan tertinggi UPKO berdasarkan kepada role model kepimpinan yang telah dilaksanakan di Kadamaian, iaitu pembudayaan gotong-royong dalam memupuk kesatuan komuniti dan perpaduan rakyat.

Dalam mesyuarat agung ini juga, Timbalan Ketua Bahagian dimenangi tanpa tanding oleh Carlye Lajimin setelah seorang lagi calon, Mijulan Malujij menarik diri dan hanya mempertahankan jawatan Naib Ketua Bahagian.

Datin Saniah Tuak juga diisytiharkan menang tanpa tanding sebagai Ketua Wanita, Jolyhame Saran sebagai Ketua Pemuda dan Joel Deukin sebagai Ketua Komulakan.

Dalam majlis tersebut, Ewon turut menerima 451 borang keahlian baru UPKO daripada Setiausaha Kerja UPKO Kota Belud Romie Deukin yang diterima sepanjang tiga bulan ini.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan