Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,634

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

EVSB dan STC raikan 500 warga emas sempena Tahun Baru Cina 2016

7:28pm 01/02/2016 Leolerry Lajius 37 views Tempatan
Goh ketika menyampaikan hamper kepada salah seorang warga emas yang telah didaftarkan sebagai penerima.-Gambar Oleh Alex Mairin

Goh ketika menyampaikan hamper kepada salah seorang warga emas yang telah didaftarkan sebagai penerima.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Lebih 500 warga emas pelbagai kaum diraikan bersempena dengan Program Amal Tahun Baru Cina 2016 yang dianjurkan oleh Everise Ventures Sdn Bhd (EVSB), syarikat pengurusan Sandakan Turf Club (STC) bertempat di Lido Square, Jalan Penampang petang tadi.

Semasa program tersebut, syarikat itu telah menyampaikan ‘Ang Pau’ dan hamper kepada penerima yang layak terdiri dari warga emas yang berusia 65 tahun ke atas.

Menurut Presiden EVSB Datuk Seri Panglima (Dr) T. C. Goh, program ini bertujuan untuk memberi kegembiraan kepada golongan warga emas yang kurang bernasib baik bersempena tradisi syarikat ini dalam mengembalikan berkat yang diraih sejak 22 tahun yang lalu.

“Setiap tahun kita menganjurkan program ini. Aktiviti ini merupakan sebahagian dari Program Sosial Bakti syarikat, selain sumbangan kepada badan-badan kebajikan, persatuan-persatuan sukan mahupun pihak penganjur program-program amal dan aktiviti untuk kebaikan
masyarakat,” jelas Goh ditemui selepas majlis selesai.

Tambah beliau, Program ini juga sejajar menyahut seruan kerajaan dalam membentuk `masyarakat yang prihatin’, khususnya bersempena hari kebesaran masyarakat Tionghua ini.

Majlis tahunan itu telah disempurnakan oleh pengerusi EVSB Datuk Yap Pak Leong dan presiden EVSB Datuk Seri Panglima (Dr) T. C. Goh serta Datin Seri Joanne Ho dan pengurus Kawasan EVSB George Chee.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Goh dan Yap (Tengah) bersama kominiti yang terlibat dalam majlis tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

Goh dan Yap (Tengah) bersama kominiti yang terlibat dalam majlis tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan