Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

ESSCom Pantau Gerakan Kongsi Gelap Di ESSZone

esscom

LAHAD DATU – Pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) sedang memantau aktiviti kongsi gelap yang dipercayai beroperasi di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).

Komander ESSCom DCP Datuk Abd Rashid Harun berkata langkah itu penting bagi memastikan tidak ada pergerakan atau pertubuhan haram di ESSZone yang boleh memudaratkan keselamatan negara.

“Undang-undang negara tidak membenarkan sebarang kegiatan pertubuhan atau kumpulan kongsi gelap.

“Sebab itu, kami akan pantau keadaan bagi memastikan ESSZone bebas daripada kongsi gelap,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengisytiharkan pewartaan kumpulan kongsi gelap yang dipercayai beroperasi di negara ini.

Dua daripada kongsi gelap itu beroperasi di ESSZone iaitu Malin Kundang (Sandakan) dan Special Force (Lahad Datu).

Abd Rashid berkata walaupun jumlah pertubuhan kongsi gelap di ESSZone agak kecil, ESSCom tidak membiarkan kumpulan haram itu berkembang.

“Kami tidak mahu anggota kongsi gelap ini bergerak sesuka hati sehingga menimbulkan ketakutan kepada orang ramai,” katanya.

ESSZone merangkumi 10 daerah yang meliputi 1,733.7 kilometer dari Kudat ke Tawau.

Daerah-daerah terbabit ialah Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna, dan Tawau. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan