Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

ESSCOM Terima Laporan Warga Jerman Diculik – Komander ESSCOM

Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid
Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid

Lahad Datu – Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) tidak menerima laporan kononnya seorang lelaki warga Jerman menjadi mangsa penculikan terbaru kumpulan pengganas Abu Sayyaf semalam.

Komandernya Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata pihaknya tidak menerima aduan rasmi atau laporan polis daripada sebarang persatuan kapal layar berhubung dakwaan penculikan seperti yang dilaporkan sebuah media nasional yang memetik laporan Associated Press (AP).

“Tiada laporan diterima, kami dalam proses mengesahkan atau menyiasat tentang perkara itu,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Hari ini sebuah media nasional memetik laporan AP bahawa seorang lelaki warga Jerman, Juegen Kantner didakwa diculik dan rakan wanitanya ditembak mati selepas sekumpulan lelaki bersenjata menaiki kapal layar mereka di perairan Malaysia, semalam.

Menurut laporan itu juga, militan Abu Sayyaf mendakwa kejadian itu didalangi oleh anggotanya manakala Tentera Filipina sedang menyiasat kesahihan laporan itu.

Turut dilaporkan, kapal layar itu kali terakhir dilihat di perairan Tambisan, Lahad Datu pada minggu lepas. – Bernama

Komen


Berita Berkaitan