Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,777

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

ESSCOM tahan 38 PATI dalam Ops Gasak 8

11:20am 27/11/2016 Pak Roshan 791 views Jenayah,Mutakhir
Antara PATI yang di tahan dalam OPS GASAK pada  bulan Mac 2016 - Foto Arkib Esscom

Antara PATI yang di tahan dalam OPS GASAK pada bulan Mac 2016 – Foto Arkib Esscom

LAHAD DATU: Seramai 38 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) telah ditahan dalam Ops Gasak 8 yang telah diselaraskan oleh Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) di kawasan Bakapit dan Merabung, dekat sini, pada khamis.

Komander ESSCOM DCP Dato’ Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid dalam satu kenyataan di sini, semalam, berkata operasi yang bermula seawal jam 2.00 pagi dan berakhir pada jam 10.00 pagi itu telah mensasarkan 4 buah perkampungan atas air di kawasan berkenaan.

Kawasan perkampungan yang terlibat antaranya Tebaa Batang, Takun, Pantai manis dan Bakapit.

Beliau berkata, dalam operasi berkenaan seramai 250 orang telah diperiksa, namun hanya 38 orang ditahan kerana tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah atau meragukan.

“Seramai 38 orang pendatang asing telah ditahan kerana tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah dan akan disiasat dibawah Akta Imigresen 1959/1963 (Pindaan 2002).

“Kesemua tahanan telah dibawah ke Pusat Tahanan Sementara (PTS) di Tawau untuk tujuan dokumentasi sebelum dihantar pulang ke negara asal masing-masing”, katanya.

Selain itu, Wan Abdul Bari berkata, dalam operasi berkenaan pasukan keselamatan turut menahan dan merampas sebanyak 24 buah enjin pam dan 2 buah bot pam dan akan disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1960. “Semua barang rampasan telah diserahkan kepada Jabatan Pelabuhan dan Demaga Sabah untuk tindakan selanjutnya,” jelasnya.

Antara agensi kerajaan dan persekutuan yang terlibat dalam menjayakan operasi ini termasuklah Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia dan Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah.

“Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua agensi penguatkuasa yang telah terlibat dalam menjayakan operasi ini”.

“Syukur alhamdulillah, operasi ini telah berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini berlaku”, katanya lagi. – NewSabahTimes

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan