Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,791

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

ESSCom Tahan 26 Pati Di Tiga Daerah

10:03pm 18/11/2016 Pak Roshan 645 views Lahad Datu,Mutakhir,Tempatan
Antara PATI yang di tahan dalam OPS GASAK pada  bulan Mac 2016 - Foto Arkib Esscom

Antara PATI yang di tahan dalam OPS GASAK pada bulan Mac 2016 – Foto Arkib Esscom

LAHAD DATU : Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) menahan 26 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam operasi bersepadu selama lima hari di kawasan perairan Sandakan, Semporna dan Tawau.

Komandernya Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata operasi mulai 12 Nov hingga Rabu lepas itu berjaya menahan 10 warga Filipina dan 16 warga Indonesia kerana pelbagai kesalahan.

“Ada antara mereka yang ditahan ketika memasuki perairan negara melalui laluan yang tidak diwartakan serta tidak memiliki dokumen perjalanan atau pengenalan diri yang sah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata sepanjang tempoh operasi itu pelbagai barangan turut dirampas termasuk lapan bot pam, 11 enjin pam, mata wang bernilai 37,301 peso dan 35 jerikin kosong disyaki untuk aktiviti penyeludupan minyak petrol ke negara jiran.

Abdul Bari berkata PATI yang ditahan diserahkan kepada agensi penguat kuasa berkaitan dan kes akan disiasat mengikut Akta Imigresen 1959 (Pindaan 2002), Ordinan Perkapalan Saudagar 1960, Akta Anti-Pemerdagangan Orang dan Anti- Penyeludupan Migran 2007 dan Akta Perikanan 1985.

Sementara itu, Wan Abdul Bari berkata Pasukan Polis Marin Lahad Datu menahan seorang lelaki warga Filipina kerana disyaki memiliki dadah jenis syabu di kawasan Laut Pelabuhan pada Rabu.

“Bot ronda polis marin yang melakukan Op Paradise telah terserempak dengan sebuah bot pam dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan, anggota peronda menemui dua paket plastik jernih mengandungi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu seberat 0.26 gram bersama empat gulung kertas timah yang disimpan dalam beg duit suspek.

“Suspek ditahan dan polis turut menyita bot pam dan satu enjin pam yang digunakan suspek ketika ditahan,” katanya sambil menambah kes akan disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952.

–BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan