Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,690

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

ESSCom Tahan 20 PATI Di Felda Sahabat

10:41pm 07/10/2016 Pak Roshan 1608 views Jenayah,Mutakhir
Antara PATI yang di tahan dalam OPS GASAK pada bulan Mac 2016 - Foto Arkib Esscom

Antara PATI yang ditahan dalam OPS GASAK yang di lakukan di Perairan Felda Sahabat pada bulan Mac 2016 – Foto Arkib Esscom

LAHAD DATU : Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) menahan 20 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam Ops Gasak 7 di empat perkampungan setinggan di Felda Sahabat semalam.

Komander ESSCom, Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata operasi bersepadu yang bermula seawal pukul 3.30 pagi hingga 12.00 tengah hari itu ditumpukan di Kampung Lok Buani, Sungai Merah, Labian Lama dan Sungai Bilis.

Beliau berkata operasi yang disertai oleh seramai 291 pegawai dan kakitangan dari pelbagai agensi keselamatan dan penguat kuasa persekutuan dan negeri itu telah memeriksa seramai 994 orang.

Daripada jumlah tersebut, seramai 20 orang disyaki PATI telah ditahan kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah terdiri daripada 19 warga Filipina dan seorang warga Indonesia, katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata kesemua tahanan akan dihantar ke Pusat Tahanan Sementara (PTS) Tawau untuk tujuan dokumentasi sebelum dihantar pulang ke negara mereka.

Operasi berkenaan yang diketuai oleh Ketua Staf Komponen Darat ESSCom, SAC Zulkifli Salleh yang dibantu oleh Timbalan Ketua Staf Siasatan Khas dan Teknikal ESSCom, ACP Victor Santos.

Antara agensi yang menyertai operasi ini termasuk Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia, Majlis Daerah dan Pejabat Daerah Lahad Datu.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan