Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,650

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

ESSCOM tahan 18 PATI, rampas 23 bot

9:30pm 04/08/2016 Pak Roshan 1288 views Berita Pilihan,Jenayah,Mutakhir

enjin-bot

KUNAK (4 Ogos) – Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) menahan 18 pendatang tanpa izin (PATI) dan merampas 23 buah pumboat dan 36 Enjin yang melakukan pelbagai kesalahan dalam 2 serbuan serentak di dua perkampungan setinggan atas air iaitu di Kampung Air Kunak 3 dan Kampung Pangkalan Kunak, dekat sini, awal pagi tadi.

Komander ESSCOM DCP Dato’ Wan Abdul Wan Abdul Khalid berkata dalam operasi yang dilakukan secara serentak selama 3 jam bermula jam 6.00 pagi itu, tumpuan operasi terhadap perkampungan atas air yang disyaki menjadi tempat persembunyian pati.

Beliau berkata dalam kedua-dua operasi berkenaan, kita telah memeriksa seramai 358 orang dan menahan 18 orang warga asing dan 66 suku kaum bajau palauh kerana gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri atau tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah semasa di periksa”.

“kesemua yang ditahan adalah warga Filipina berumur dalam lingkungan 20 – 52 tahun. Mereka ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Sekyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 (Pindaan 2002) serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Mereka kini ditahan di pusat tahanan sementara (PTS) Tawau untuk tujuan dokumentasi sebelum dihantar pulang ke negara asal mereka, katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata dalam usaha mengurangkan kebanjiran PATI di negeri ini khususnya di pantai timur Sabah, semua pihak terutamanya pemimpin-pemimpin masyarakat perlu berganding bahu dan bekerjasama sepenuhnya dengan pasukan keselamatan dengan melaporkan kehadiran pati di kawasan masing-masing kepada pihak berkuasa supaya tindakan penguatkuasaan dapat dilaksanakan dengan segera.

“ESSCOM akan mempergiatkan operasi penguatkuasaan bagi membendung dan membanteras kemasukan PATI yang menggunakan jalan laut untuk memasuki negara ini secara haram”, katanya.

Wan Abdul Bari turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua agensi yang terlibat dalam dua operasi berkenaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah (JPDS) dan Majlis Daerah yang telah menjayakan operasi berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Wan Abdul Bari turut memberi nasihat kepada pengusaha “Tug Bot” dan Pengusaha perikanan “Laut Dalam” supaya dapat menyediakan Pelan Kecemasan atau keselamatan bot masing-masing.

“Saya minta supaya semua penguasaha “tug bot” dan perikanan laut dalam mempunyai Pelan Kecemasan atau Pelan Keselamatan bot termasuk melaporkan dengan segera sekiranya mengesan ada individu mencurigakan menghampiri bot anda, lapor terus kepada pusat Operasi (PUSOP) ESSCOM untuk tindakan penguatkuasaan dan pemintasan”, katanya – Esscom.gov.my

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan