Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,767

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Esscom Tahan 15 Pati, Rampas Petrol Subsidi Di Perairan Semporna

10:40pm 14/10/2016 Pak Roshan 242 views Jenayah,Mutakhir

pati-yang-diperiksa

LAHAD DATU : Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) menahan 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan merampas 840 liter petrol dan barangan kosmetik dalam operasi tiga hari di perairan Semporna yang berakhir semalam.

Komander Esscom DCP Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid dalam kenyataan hari ini berkata Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna menahan dan memeriksa dua bot di perairan berkenaan berhampiran Kampung Selamat dan Utara Pulau Pom-Pom.

Katanya selepas diperiksa kedua-dua bot berkenaan didapati membawa 28 gelen mengandungi 840 liter minyak petrol bersubsidi, dan barangan kosmetik iaitu 80 botol Ethyl Alkohol dan 144 botol Hydrogen Peroxide.

Menurutnya, kesemua barangan itu tidak mempunyai sebarang dokumen atau surat kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Kementerian Kesihatan.

Beliau berkata turut dirampas tiga bot bersama tiga enjin sangkut dengan kesemua nilai rampasan dianggarkan bernilai lebih RM65,598.

Katanya kedua-dua suspek yang juga pengendali bot itu akan disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Farmasi.

Sementara itu, dalam dua operasi berasingan di daerah yang sama, Wan Abdul Bari berkata Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan PPM telah mematahkan cubaan 15 orang termasuk juragan bot dipercayai PATI dari Filipina menyeludup masuk di perairan Pulau Bohayen dan Tobo-Tobo, Semporna pada Isnin.

Katanya pemeriksaan lanjut mendapati kesemua PATI itu tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah dan meragukan. Mereka ditahan dan disiasat mengikut Akta Imigresen 1959 (pindaan 2002).

Menurutnya turut dirampas dua bot dan dua enjin pam yang digunakan suspek untuk membawa masuk PATI.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan